awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia akan desak siasatan jenayah ke atas nahas MH17

Bernama
Bernama
17/04/2015
13:03 MYT
Australia akan desak siasatan jenayah ke atas nahas MH17
Australia akan desak siasatan jenayah ke atas nahas MH17 - Gambar Fail
Australia akan meminta Ukraine melakukan siasatan jenayah yang rapi untuk mencari dan menghukum mereka yang bertanggungjawab ke atas nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, Julai lepas, menurut akhbar The Australian.
Akhbar itu melaporkan Menteri Luar Australia Julie Bishop yang menghadiri satu persidangan global keselamatan-siber di Netherlands, membincangkan tragedi MH17 bersama rakan sejawatnya dari Netherlands dan Ukraine.
Laporan itu berkata Menteri Luar Ukraine, Pavlo Klimkin memberitahu Bishop negaranya melakukan segala yang mungkin untuk mengesahkan punca pesawat itu terhempas dan mendapatkan mayat dua penumpang Belanda yang masih disenaraikan hilang.
Akhbar itu berkata Bishop juga telah bertemu Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.
"Beliau mengatakan tragedi itu masih merupakan isu yang sangat menyentuh emosi di Netherlands," kata Bishop seperti yang dipetik akhbar itu.
Menjelang ulang tahun nahas itu pada 17 Julai, tumpuan akan dipertingkatkan ke atas siasatan teknikal dan laluan pendakwaan yang bakal diambil, katanya.
Menurut laporan akhbar itu, dua isu yang masih belum selesai ialah laporan teknikal nahas yang dijangka selesai Oktober ini dan siasatan jenayah.
Topic Berkaitan
#australian
#Belanda
#Julie Bishop
#MH17
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan