awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia kecam rancangan Israel kuasai Gaza, dakwa langgar undang-undang antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2025
07:30 MYT
Australia kecam rancangan Israel kuasai Gaza, dakwa langgar undang-undang antarabangsa
Penny Wong menegaskan pengusiran paksa secara kekal adalah pelanggaran undang-undang, dan mengulangi sokongan Australia terhadap penyelesaian dua negara sebagai jalan damai. -Gambar fail/Bernama
SYDNEY: Australia beri amaran keras kepada Israel agar tidak meneruskan rancangan untuk mengambil alih kawalan ketenteraan ke atas Gaza.

Ringkasan AI
  • Australia beri amaran kepada Israel agar tidak meneruskan rancangan mengambil alih kawalan ketenteraan ke atas Gaza kerana berisiko melanggar undang-undang antarabangsa dan memburukkan krisis kemanusiaan.
  • Senator Penny Wong menegaskan pengusiran paksa secara kekal adalah pelanggaran undang-undang, dan mengulangi sokongan Australia terhadap penyelesaian dua negara sebagai jalan damai.
  • Australia juga menyeru agar bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan dan semua tebusan dikembalikan, sambil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan Israel yang semakin dikritik oleh negara Barat.

Menteri Luarnya, Senator Penny Wong, dalam satu kenyataan rasmi pada Jumaat berkata, tindakan tersebut berisiko melanggar undang-undang antarabangsa dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah bergolak itu.
“Australia menyeru Israel agar tidak memilih jalan ini, yang hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza,” kata Wong.
Beliau turut menegaskan bahawa pengusiran paksa secara kekal adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Amaran itu dikeluarkan susulan kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang menyatakan hasrat mengambil alih kawalan penuh ke atas Gaza City melalui pasukan tentera Israel (IDF).
Menurut pejabat Netanyahu, rancangan tersebut telah diluluskan oleh kabinet keselamatan Israel dan merangkumi lima prinsip utama termasuk pelucutan senjata Hamas, pemulangan tebusan, dan penubuhan kerajaan alternatif yang bukan Hamas atau Pihak Berkuasa Palestin.
Senator Wong turut mengulangi pendirian Australia yang menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan ke arah keamanan berkekalan.
“Negara Palestin dan Israel harus wujud bersama dalam sempadan yang diiktiraf secara antarabangsa,” katanya.
Australia juga menyeru agar bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan dan semua tebusan yang ditahan oleh Hamas sejak serangan 7 Oktober 2023 dikembalikan.
Setakat ini, lebih 60,000 nyawa dilaporkan terkorban di Gaza menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
Kenyataan Wong turut mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan negara-negara Barat terhadap tindakan Israel yang dilihat melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.
Australia sebelum ini telah mengenakan sekatan terhadap dua menteri kanan Israel atas dakwaan menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
Topic Berkaitan
#Australia
#Benjamin Netanyahu
#Gaza
#pelanggaran undang-undang
#kawalan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami