SYDNEY: Oktober merupakan bulan paling kering sejak 2002 bagi Australia, dengan jumlah purata hujan nasional sebanyak 65.4 peratus di bawah purata 1961-1990, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Biro Meteorologi Australia (BOM).
Semua negeri dan wilayah di Australia, kecuali Victoria, mengalami taburan hujan yang rendah pada Oktober, lapor Xinhua memetik laporan BOM yang dikeluarkan pada Rabu.
Bagi Australia Barat, ia mencatatkan Oktober paling kering dalam rekod sejak set data negara bermula pada 1900, dengan taburan hujan di seluruh negeri sebanyak 83.5 peratus di bawah purata.
Sementara itu, taburan hujan lebih tinggi daripada purata direkodkan di kebanyakan bahagian di timur Victoria sehingga New South Wales.
Menurut BOM suhu purata kebangsaan bagi Oktober adalah 1.05 darjah Celsius lebih panas daripada purata 1961-1990 untuk seluruh Australia, disebabkan sistem tekanan tinggi yang mendominasi benua itu.
Cuaca panas dan kering, serta angin yang bertiup kencang, menimbulkan bahaya kebakaran "ekstrim yang boleh mencetuskan bencana" di beberapa bahagian Australia, dengan beberapa kebakaran rumput dan belukar berlaku di seluruh bahagian utara dan timur negara itu.
Pada Oktober, tenggara Australia pula mengalami "keadaan seperti musim sejuk", dengan angin sejuk yang kuat bertiup di wilayah itu.
"Pada 25 dan 26 Okt, sebahagian besar Australia Selatan, Victoria, Tasmania, New South Wales dan barat daya Queensland mengalami suhu maksimum harian 4 hingga 8 darjah Celsius, lebih sejuk daripada purata Oktober," menurut biro itu.
Pada Oktober juga, beberapa sentimeter salji direkodkan di kawasan tinggi di selatan dan tengah Tasmania serta kawasan Alpine di Victoria.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Semua negeri dan wilayah di Australia, kecuali Victoria, mengalami taburan hujan yang rendah pada Oktober. - Gambar Unsplash
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Australia rekod Oktober bulan paling kering sejak 2002
Oktober merupakan bulan paling kering sejak 2002 bagi Australia, dengan jumlah purata hujan nasional sebanyak 65.4 peratus di bawah purata 1961-1990.