KETIKA ini, netizen di alam maya sibuk membincangkan mengenai satu lagi cabaran baharu yang sedang popular di seluruh dunia.
Perbincangan bukan kerana keseronokan mencuba ‘tripping jump challenge’ sebaliknya, cabaran itu hanya boleh mengundang padah.
Atau lebih tepat, ‘tripping jump challenge’ boleh sebabkan kematian.
Dalam cabaran itu, kesudahan aksi boleh meragut nyawa mereka yang mencubanya.
Menerusi perkongsian video-video di laman sosial, kelihatan tiga orang berdiri sederet.
Aksi berkenaan memperlihatkan individu yang berdiri di tengah melompat tinggi sementara dua orang lagi yang berada di sebelahnya akan menyepak kaki rakan mereka yang sedang melompat itu.
Sepakan dua rakan itu pada bahagian belakang buku lali individu di tengah akan menyebabkan dia terjatuh lantas kepala terhentak di lantai.
Pelbagai versi cabaran itu dilakukan. Ada yang mempercayai individu yang berdiri di tengah itu mungkin sudah mengetahui awal bahawa dia perlu mengelakkan sepakan rakan di sebelahnya.
Manakala, ada juga versi ‘prank’ di mana individu di bahagian tengah tidak tahu akan niat rakannya untuk menyepak kakinya.
Lebih malang, ada yang turut berkongsi pengalamannya di mana kepalanya terjatuh ke lantai konkrit di sebuah taman permainan.
Menurut pegawai perubatan, Dr. Shazif Othman, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang cuba melakukan cabaran berkenaan.
Risiko paling ketara, kata Dr Shazif, boleh berlaku hentakan di bahagian kepala dan sekali gus boleh menyebabkan anggota terpenting pada manusia iaitu otak.
"Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau ‘brain dead’. Ini kerana, jika dilihat video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.
"Kesannya, ia juga boleh menyebabkan fizikal kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki,"' kata Dr Shazif kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Jelasnya, walaupun jantung masih berdegup, namun kematian otak tidak dapat menyelamatkan keadaan.
Selain itu, kata beliau, bahagian tengkuk juga boleh tercedera dan akan melibatkan kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan, bukan sahaja maut malah lumpuh seperti strok.
Tambah Dr Shazif, risiko lain juga boleh menyebabkan sakit pada belakang yang kronik, cedera pada otot-otot serta kecederaan pada organ dalaman.
Dr Shazif turut menasihatkan terutama ibu bapa dan guru-guru sekolah agar tidak terpengaruh dengan aktiviti dan mereka perlu mengambil perkara yang positif sahaja.
Ini kerana, katanya, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan jangka masa yang buruk di masa hadapan.
“Kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah, sila awasi anak-anak anda supaya tidak tidak terjebak dengan cabaran viral ini.
“Perlu diingatkan bahawa kesan aktiviti ini boleh menyusahkan banyak pihak dan mereka perlulah fikir banyak kali sebelum memilih untuk melakukan aktiviti itu,” pesan beliau lagi.
Najmi Syahiran Mamat
Sat Feb 15 2020

Tidak semua cabaran yang tular di media sosial itu mempunyai manfaat, malah ada yang boleh membawa mudarat termasuk kematian. - Astro AWANI
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Bachok Sabtu lepas, direman.

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

Kehadiran PM China ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh kerjasama serantau
Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama

Pemandu lori kejar trip, laluan sempit undang risiko bahaya - Penduduk
Keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat dipercayai antara faktor sering berlaku kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini.

Gaza "tempat paling bahaya" di dunia untuk petugas bantuan - Setiausaha Luar UK
LONDON, 2 April (Bernama-Anadolu) - Setiausaha Luar Britain menekankan keadaan berbahaya yang dihadapi petugas bantuan di Gaza dan menyifatkannya sebagai "tempat paling bahaya di dunia" bagi mereka ya

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.

Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.

Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.

Paras tiga sungai di Kuantan lebihi paras bahaya
Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat.

Banjir Johor: Tiga sungai rekod paras bahaya
Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.

Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
Sebanyak lapan stesen kendalian JPS membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.