Skip to main content

Dunia

Bandung cadang kawasan bersejarah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Bandung, Indonesia - 2 Nov 2023: The iconic and historic asia africa street in Bandung, Indonesia; at sunny day
Jalan Asia Afrika, Bandung. - Gambar fail/Adobe Stock

JAKARTA: Kerajaan Perbandaran Bandung di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, telah mencadangkan agar koridor yang merentangi Simpang Lima hingga ke Jalan Asia Afrika diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lapor Xinhua.

Datuk Bandar Bandung Muhammad Farhan mengumumkan rancangan itu pada Ahad semasa menghadiri sambutan ulang tahun ke-71 Persidangan Asia-Afrika. 

Advertisement

Beliau menekankan bahawa kawasan berkenaan memelihara naratif global yang penting, khususnya gerakan solidariti dalam kalangan negara-negara Asia dan Afrika.

Beliau berkata kerajaan tempatan menyasarkan daerah berkenaan diiktiraf sebagai calon rasmi Warisan Dunia dalam tempoh empat tahun akan datang. 

Beliau turut menyatakan bahawa proses pencalonan merupakan komitmen jangka panjang yang memerlukan kajian akademik rapi bagi membuktikan nilai universal luar biasa tapak berkenaan.

Pada 2015, arkib Persidangan Asia-Afrika 1955 (Persidangan Bandung) telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia UNESCO.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video