awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh larang semua aktiviti parti bekas perdana menteri Hasina

Bernama
Bernama
11/05/2025
20:30 MYT
Bangladesh larang semua aktiviti parti bekas perdana menteri Hasina
PBB turut menuduh Hasina (gambar) dan Parti Liga Awami terlibat dalam jenayah terhadap kemanusiaan, bagaimanapun, mereka menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan perbicaraan itu bermotifkan politik. - Gambar fail/AP
DHAKA: Kerajaan peralihan Bangladesh pada Sabtu mengharamkan "semua aktiviti" Parti Liga Awami yang dipimpin bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina sehingga perbicaraan terhadap parti itu dan para pemimpinnya selesai dijalankan.
"Semua aktiviti Parti Liga Awami, termasuk dalam ruang siber dan lain-lain, diputuskan untuk dilarang di bawah Akta Antikeganasan sehingga Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) menyelesaikan perbicaraan terhadap parti dan pemimpinnya," kata Penasihat Hal Ehwal Undang-Undang Asif Nazrul kepada wartawan selepas mesyuarat tergempar Majlis Penasihat yang diketuai ketua kerajaan sementara Muhammad Yunus, lapor Anadolu Ajansi.
Majlis itu turut meminda undang-undang berkaitan ICT bagi memasukkan peruntukan yang membolehkan parti politik, pertubuhan bersekutu atau kumpulan penyokong didakwa di mahkamah.
Laporan pasukan pencari fakta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa seramai 1,400 orang, termasuk 13 peratus kanak-kanak, terbunuh antara Julai dan Ogos tahun lalu dalam kebangkitan pelajar yang menggulingkan kerajaan Hasina.
PBB turut menuduh Hasina dan Parti Liga Awami terlibat dalam jenayah terhadap kemanusiaan, menurut laporan Anadolu.
Bagaimanapun, Hasina dan partinya menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan perbicaraan itu bermotifkan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sheikh Hasina
#Bangladesh
#Parti Liga Awami
#Tribunal Jenayah Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami