awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangsal zoo terbakar, dua ekor zirafah ditemui mati

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
09/03/2021
20:00 MYT
Bangsal zoo terbakar, dua ekor zirafah ditemui mati
Salah satu zirafah yang mati itu dikenali sebagai Waffles, berusia 6 tahun yang ditempatkan di zoo berkenaan pada 2016. - Foto Facebook/Roer's Zoofari
VIRGINIA: Dua ekor zirafah ditemui mati dalam satu kebakaran di sebuh zoo di Virginia.
Menurut pihak berkuasa, bangsal dua tingkat di Roer's Zoofari itu terbakar sekitar jam 5:30 petang waktu tempatan.
Kedua-dua ekor zirafah itu ditemui selepas pasukan bomba memadamkan api.
Bomba dan Penyelamat Fairfax County memaklumkan, kebakaran itu tidak mencederakan haiwan lain.
Menurut seorang pekerja zoo berkenaan, salah satu zirafah yang mati itu dikenali sebagai Waffles, berusia 6 tahun yang ditempatkan di zoo berkenaan pada 2016.
“Sementara seekor lagi merupakan kawan baru Waffles yang belum lagi diberikan nama,” ujar pekerja itu.
Laporan bagaimanapun tidak menyebut bagaimana zirafah berkenaan mati.
Punca kebakaran masih dalam siasatan
Sementara itu menerusi laman Facebook Roer's Zoofari, zoo bekenaan akan ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Topic Berkaitan
#zoo
#terbakar
#zirafah
#mati
#kebakaran
#Roers Zoofari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan