awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di selatan Thailand ragut 33 nyawa, jejas jutaan penduduk

Bernama
Bernama
26/11/2025
14:28 MYT
Banjir di selatan Thailand ragut 33 nyawa, jejas jutaan penduduk
Banjir di selatan Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang dan menjejaskan lebih 2.7 juta penduduk di tujuh wilayah, menurut pihak berkuasa Thailand. - Foto REUTERS/Sithichai Chootochan
BANGKOK: Banjir di selatan Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang dan menjejaskan lebih 2.7 juta penduduk di tujuh wilayah, menurut pihak berkuasa Thailand.
Jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat berkata wilayah Nakhon Si Thammarat mencatat korban tertinggi dengan sembilan kematian, diikuti Songkhla (enam), Pattani dan Yala (masing-masing lima), Phatthalung (empat) serta Trang dan Satun (masing-masing dua), berdasarkan data Kementerian Kesihatan Awam.
"Punca kematian termasuk dihanyutkan arus deras, renjatan elektrik, tanah runtuh, terjatuh ke dalam air dan lemas," katanya, yang turut berperanan sebagai jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Banjir (EOC), pada Rabu.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) berkata banjir di wilayah selatan telah menjejaskan 2.73 juta orang setakat pagi Rabu.
Sementara itu, Siripong berkata kerajaan Thailand telah membuka "Pusat Bantuan Kebajikan Mangsa Banjir Selatan 2025" di Muzium Tentera Udara Don Mueang ketika pihak berkuasa meningkatkan usaha menyelaras bantuan orang ramai bagi operasi bantuan banjir.
Beliau berkata pusat operasi telah menerima banyak permintaan daripada orang awam yang mahu membantu kerja-kerja bantuan, sambil menambah bahawa skala bencana tersebut menjadikan mustahil untuk kerajaan bertindak sendirian.
"Pendaftaran sukarelawan dibuka hari ini melalui aplikasi kerajaan. Kerajaan akan menyediakan sokongan untuk perbelanjaan perjalanan, makanan, penginapan dan kos bahan api. Sukarelawan amat penting bagi memastikan bantuan dapat disalurkan tepat pada masanya," katanya.
Dalam pada itu, Siripong berkata EOC menggesa media dan orang awam agar tidak menyebarkan maklumat palsu, sambil memberi amaran bahawa maklumat tidak sahih boleh mencetuskan panik, melemahkan keyakinan awam dan menjejaskan moral petugas barisan hadapan.
Beliau turut menafikan laporan palsu yang tular pada pagi Rabu yang mendakwa sebuah helikopter terhempas berhampiran sebuah hospital.
"Siasatan mengesahkan tiada insiden seperti itu berlaku. Kami menggesa orang ramai berhati-hati ketika berkongsi atau menyiarkan semula maklumat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir selatan Thailand
#banjir Hatyai
#Siripong Angkasakulkiat
#Nakhon Si Thammarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan