awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia, IMF penting untuk imbangi China - Ketua Perbendaharaan AS

Bernama
Bernama
14/06/2023
20:04 MYT
Bank Dunia, IMF penting untuk imbangi China - Ketua Perbendaharaan AS
Kelulusan program ekonomi AS$15 bilion untuk Ukraine oleh IMF awal tahun ini akan membantu keperluan pembiayaan segera negara itu. - Gambar fail
ISTANBUL: Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen pada Selasa berkata institusi kewangan antarabangsa (IFI) seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah penting dalam mengimbangi China, lapor Anadolu
"Institusi ini mencerminkan nilai Amerika. Bantuan daripada IFI datang dengan keperluan kukuh untuk tadbir urus, akauntabiliti dan kemampanan hutang.
"Ia berfungsi sebagai pengimbang penting kepada pinjaman tidak telus dan tidak mampan daripada pihak lain seperti China.
"Beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan kepentingan institusi ini sebagai sebahagian daripada kelengkapan dasar ekonomi dan luar negara kami yang lebih luas," katanya.
"Institusi kewangan antarabangsa memajukan kepentingan negara AS dengan memupuk ekonomi global yang lebih berdaya tahan," kata Yellen di hadapan Jawatankuasa Kewangan Perkhidmatan di Dewan Perwakilan.
Kelulusan program ekonomi AS$15 bilion untuk Ukraine oleh IMF awal tahun ini akan membantu keperluan pembiayaan segera negara itu.
Beliau berkata Bank Dunia menyasarkan untuk menawarkan kapasiti pinjaman tambahan sebanyak US$50 bilion sepanjang dekad akan datang.
IFI menyediakan sumber untuk menangani cabaran yang dihadapi dunia, seperti mengatasi kesukaran ekonomi dan menggalakkan pembangunan ekonomi jangka panjang, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#China
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan