awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Indonesia janji pertahan rupiah melalui campur tangan pasaran

Agensi
Agensi
01/09/2025
03:05 MYT
Bank Indonesia janji pertahan rupiah melalui campur tangan pasaran
Bank Indonesia menegaskan pergerakan rupiah berbanding dolar AS akan terus mencerminkan asas ekonomi negara, termasuk melalui campur tangan pasaran jika perlu. - Gambar hiasan
JAKARTA: Bank Indonesia (BI) menegaskan pihaknya akan memastikan pergerakan mata wang rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus mencerminkan asas ekonomi negara.
Menurut laporan Reuters, langkah itu termasuk melalui campur tangan pasaran apabila diperlukan.
Ketua Pengurusan Monetari BI, Erwin Gunawan Hutapea berkata demikian sebelum pasaran dibuka pada Isnin.
Kenyataan itu hadir selepas nilai rupiah dan pasaran saham Indonesia terjejas berikutan berita mengenai protes di Jakarta pada Jumaat lalu.
Rupiah dilaporkan melemah berbanding dolar AS, sementara sentimen pelabur turut terkesan dengan ketidaktentuan politik dalam negeri.
Bagaimanapun, BI menegaskan keadaan kekal terkawal dan pihaknya mempunyai instrumen yang cukup untuk menstabilkan pasaran.
Erwin turut menekankan bahawa bank pusat akan terus memantau faktor luaran, termasuk dasar monetari global dan aliran keluar modal, bagi memastikan nilai mata wang kekal sejajar dengan fundamental ekonomi Indonesia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Jakarta
#dolar AS
#rupiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan