awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa bakar mayat anak dalam ketuhar

Agensi
Agensi
30/05/2019
02:57 MYT
Bapa bakar mayat anak dalam ketuhar
Siasatan pembunuhan kini dijalankan ekoran kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bernama Darina di wilayah Zhytomyr. - Foto Agensi
Polis Ukraine menahan seorang bapa yang menyembunyikan kematian anak kandungnya dengan membakar mayat mangsa di dalam ketuhar.
Siasatan pembunuhan kini dijalankan ekoran kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bernama Darina di wilayah Zhytomyr.
Pavel Makarchuk, 50, dilaporkan menolak anak perempuannya itu dengan kasar ketika sedang mabuk, kepala Darina terhantuk di meja menyebabkannya terus tidak sedarkan diri.
"Mangsa tidak sedarkan diri selepas ditolak kasar oleh ayah kandungnya, tertuduh kemudian cuba menyembunyikan kematian mangsa dengan membakar mayatnya di dalam oven dapur," kata Komander Polis, Artem Lisogor.
Mayat mangsa yang rentung kemudian dipercayai dicampak ke dalam sebuah sungai dan masih belum ditemukan hingga ke saat ini.
Perbuatan kejam si ayah berjaya disembunyikan selama sembilan bulan dengan bantuan daripada isterinya yang turut sama ditahan polis kerana bersubahat.
Pasangan terbabit juga dikatakan memakaikan pakaian kanak-kanak perempuan pada seorang anak lelaki mereka berusia tiga tahun untuk menunjukkan seolah-olah Darina masih hidup.
Lebih menyedihkan, kematian Darina berlaku hanya tiga bulan selepas dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya itu. Anak kecil tersebut sebelum ini dipelihara oleh seorang ibu angkat selama dua tahun.
Ibu angkat Darina, Natalya Kobernik menyalahkan pihak berkuasa kerana meletakkan Darina dalam keluarga yang melakukan penderaan. - Thesun.co.uk
Topic Berkaitan
#bakar anak dalam ketuhar
#Kanak-kanak
#mangsa
#mayat
#oven dapur
#polis
#siasatan
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan