awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2024
01:40 MYT
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi mempergiat kerja-kerja menyelamat. - Foto REUTERS
LIMA: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 13 cedera di Peru pada Selasa selepas sebuah bas terbalik ketika dalam perjalanan melalui kawasan pergunungan.
Agensi berita Andina melaporkan Ketua Bahagian Perlindungan Lebuh Raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu, bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho Andean Peru pada waktu senja lalu terbalik dan terjunam ke bawah cerun kira-kira 200 meter.
Valderrama berkata, kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Susulan insiden, pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi mempergiat kerja-kerja menyelamat.
Dalam pada itu, Agensi Pengangkutan Darat Peru (SUTRAN) dalam satu kenyataan berkata, siasatan kini sedang dijalankan ke atas bas milik syarikat tempatan, Turismo Molina Union SAC.
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas
#terjunam
#cerun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan