awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Penganalisis ekonomi tersohor, Madeline Berma meninggal dunia
Jenayah terancang: Geng Rames didakwa di mahkamah
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bashar al-Assad sifatkan militia yang disokong Amerika sebagai pengkhianat

Agensi
Agensi
18/12/2017
21:02 MYT
Bashar al-Assad sifatkan militia yang disokong Amerika sebagai pengkhianat
Bashar berkata dia mengalu-alukan peranan PBB dalam pilihan raya Syria. - SANA/REUTERS
Presiden Syria Bashar al-Assad pada Isnin menyifatkan kumpulan militia yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) di timur Syria sebagai 'pengkhianat', menurut kenyataan pejabat rasmi yang disiarkan secara atas talian.
Bashar berkata, dia juga mengalu-alukan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pilihan raya Syria selagi ia seiring dengan kedaulatan Syria.
Kenyataan itu diperoleh daripada hasil pertemuan Bashar dengan Timbalan Perdana Menteri Syria Dmitry Rogozin du pangkalan Hmeimim.
Sebuah gabungan antarabangsa yang dipimpin AS bagi menentang Daish telah memberi sokongan ketenteraan kepada Angkatan Demokratik Syria (SDF), iaitu sekutu militia Kurdish dan Arab yang kini menguasai hampir suku daripada Syria.
Bashar sebelum ini telah berikrar untuk menawan kembali keseluruhan Syria.
Sementara itu, Rogozin yang ditemui selepas pertemuan dengan Bashar berkata, Rusia akan menjadi satu-satunya negara yang akan mengambil bahagian dalam pembangunan semula infrastruktur tenaga Syria.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bashar al-Assad
#militan
#pengkhianat
#pilihan raya
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan