awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lapan bulan di Thailand maut dilanggar

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2019
11:52 MYT
Bayi lapan bulan di Thailand maut dilanggar
Ketika kejadian, ibu mangsa dipercayai sedang membalas mesej di telefon bimbit dan tidak menyedari anaknya berada dalam bahaya. Gambar hiasan
Seorang bayi berusia lapan bulan di Thailand maut dilanggar lori ketika ibunya leka dengan telefon bimbit.
Nontawat Saingam yang diletakkan di dalam 'walker' sedang bermain di bahagian depan rumahnya di wilayah Samut Prakan apabila pintu pagar yang tidak dikunci rapat terbuka, menyebabkannya meluru keluar ke tengah jalan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah lori cuba mengelak daripada melanggar bayi lelaki tersebut namun tayar belakang lori terbabit mengenai bayi malang itu.
Nontawat yang mengalami keretakan pada tengkorak dan patah kaki kanan maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian Khamis lalu, ibu mangsa, Wilawan Pitpan, 32, dikatakan sedang membalas mesej di telefon bimbit dan tidak menyedari anaknya berada dalam bahaya.
"Saya tidak tahu berapa lama saya berbalas mesej dengan kakak saya.
"Apabila saya sedar,Nontawat tiada di depan rumah dan pintu pagar telah terbuka," kata Wilapan yang menyesali kecuaiannya.
Sementara itu, Sanan Sopapang, 61, berkata, dia sedang memandu pulang dari tapak pembinaan apabila dia ternampak bayi tersebut meluncur di hadapan lorinya.
"Saya tidak memandu laju ekoran jalan yang sempit dan saya cuba untuk mengelak apabila ternampak bayi itu, namun tayar belakang lori mengenai mangsa," katanya.
Mayat Nontawat dihantar untuk menjalani autopsi sementara polis meneruskan siasatan. - Dailymail
Topic Berkaitan
#bayi
#CCTV
#kemalangan
#maut
#polis
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan