Amerika Syarikat menyertai beberapa negara lain, mendesak kerajaan sementara Mesir membebaskan bekas presiden Mohamed Morsi.

Kenyataan dikeluarkan jurucakap Jabatan Negara, ketika penyokong Ikhwanul Muslimin meneruskan bantahan terhadap penggulingan Morsi.

Di sebalik ancaman tindakan ketenteraan, penyokong Ikhwanul Muslimin meneruskan protes besar-besaran.

Lokasi tertumpu di sekitar Jalan Ramses, berhampiran dataran tahrir, sementara kumpulan kedua tertumpu di jambatan 6 oktober, tempat pertempuran penyokong anti morsi dan penyokong Ikhwanul Muslimin minggu lalu.

Kumpulan penunjuk perasaan tidak menghiraukan kedatangan Ramadan, sebaliknya tetap mengadakan bantahan untuk mengembalikan mohamed morsi sebagai presiden.

Minggu lalu, puluhan penyokong Ikhwanul Muslimin maut apabila digempur ketika mengadakan protes aman di kawasan sekitar tempat morsi ditahan.

Kucar kacir mesir juga mengundang kebimbangan berhubung situasi keselamatan di semenanjung sinai, yang bersempadan dengan Israel dan Palestin.

Sebelum ini beberapa kumpulan pemberontak di utara sinai berikrar melancarkan lebih banyak serangan.

Selain ancaman keselamatan, Mesir juga di ambang keruntuhan ekonomi.

Ia mendorong beberapa negara teluk memberi dana bantuan 12 bilion dolar.