Beberapa letupan kedengaran di Harare, Zimbabwe pada awal pagi Rabu, dua hari selepas tentera mengancam untuk "campur tangan", bagi menamatkan krisis politik di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.
Menerusi siaran televisyen tempatan, seorang pegawai tentera Zimbabwe mengumumkan, pihak tentera bukan berniat mengambil alih kerajaan, sebaliknya "menyasarkan beberapa penjenayah di sekeliling" Presiden Robert Mugabe.
Mugabe bersama keluarganya berada dalam keadaan selamat dan keselamatan mereka adalah dijamin, menurut kenyataan pegawai tentera sambil mengatakan tentera berjaya menyempurnakan "misi mereka".
Menurut laporan, anggota tentera ditempatkan di seluruh ibu kota Zimbabwe dan menguasai stesen penyiaran tempatan, selepas parti pimpinan Mugabe menuduh ketua tentera sebagai pengkhianat.
Bunyi tembakan didengari berdekatan dengan kediaman peribadi Mugabe, tambah laporan itu.
Minggu lalu, Mugabe memecat Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa, sekutu politiknya selama lebih 40 tahun, atas tuduhan menipu dan tidak setia.
Panglima Tentera, Constantino Chiwenga yang mengeluarkan kenyataan pada Isnin berkata, penyingkiran terhadap pegawai parti pemerintah kanan harus berakhir "serta-merta".
Berikutan itu, pada Selasa Parti Pemerintah ZANU-PF, mengecam kenyataan Panglima Tentera yang mengancam untuk campur tangan tentera dalam pertikaian politik.
Kenyataan Chiwenga keterlaluan dan boleh menggugat keamanan serta kestabilan negara, kata jurucakap parti, Simon Khaya Moyo dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017
Anggota tentera berkawal di sepanjang jalan raya di Harare, Zimbabwe, 15 November, 2017. REUTERS
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Robert Mugabe selamat dikebumi di kampung halaman
Mendiang disemadikan tiga minggu selepas meninggal dunia di Singapura 6 September lalu, pada usia 95 tahun.
Pilihan raya Zimbabwe: Keadaan tidak terkawal
Bagi membendung bantahan berkenaan, pihak tentera negara itu mengadakan sekatan di beberapa lokasi di Harare.
Rakyat Zimbabwe rai peletakan jawatan Mugabe
Terdahulu, Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe, seminggu selepas tentera dan bekas rakan sekutunya mengambil tindakan menamatkan kepimpinannya selepas hampir empat dekad berkuasa.
Mugabe didesak undur diri
Ribuan rakyat Zimbabwe turun ke jalanan di ibu negara Harare untuk mendesak Presiden Robert Mugabe mengundur diri.
Rakyat Malaysia di Harare yang dilanda krisis selamat - Kementerian Luar
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata ia sedang memantau secara dekat perkembangan politik dan ketenteraan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Harare.
Beberapa letupan kedengaran di Zimbabwe, nafi rampasan kuasa
Seorang pegawai tentera Zimbabwe mengumumkan, pihak tentera bukan berniat mengambil alih kerajaan, sebaliknya "menyasarkan beberapa penjenayah di sekeliling" Presiden Robert Mugabe.