Skip to main content

Dunia

Beberapa maut, ramai cedera dalam kemalangan bas pelancong di Alps Switzerland

Emergency personnel respond to an accident involving a tour bus near Susch, in the canton of Grisons, Switzerland, on Thursday, Sept. 10, 2026. (Jon Duschletta/Engadiner Post/Keystone via AP)
Pasukan kecemasan menjalankan operasi di lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah bas pelancong berhampiran Susch, di kanton Graubunden (Grisons), Switzerland. - Foto AP
Advertisement

BERN: Beberapa orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah bas pelancong yang membawa puluhan pelancong warga Belanda terbalik di kawasan Alps tenggara Switzerland pada Khamis.

Menurut polis tempatan, kemalangan berlaku di jalan raya antara bandar Susch dan Zernez di wilayah Graubunden, yang turut dikenali sebagai Grisons, pada lewat petang.

Pasukan penyelamat berskala besar, termasuk beberapa helikopter, dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan membawa mangsa ke hospital.

Jurucakap Persatuan Agensi Pelancongan Belanda bagi pihak pengendali pelancongan OAD memaklumkan seramai 48 penumpang warga Belanda berada dalam bas tersebut ketika kejadian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang maut atau cedera.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan bas itu terbalik di tepi jalan sempit kawasan pergunungan, sementara anggota penyelamat dan beberapa ambulans berada di lokasi kejadian.

Menurut laporan, bas berkenaan bertolak dari Belanda pada Isnin dan sedang dalam lawatan sehari ke Switzerland dari Austria ketika kemalangan berlaku.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Zernez merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Switzerland, sebuah kawasan perlindungan alam semula jadi yang terkenal dan sering menjadi tumpuan pelancong yang mengunjungi Lembah Engadine di kawasan Alps.

 

 

Must Watch Video

Advertisement