KABUL:Seorang bekas penyampai stesen televisyen di Afghanistan antara tiga yang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom kereta di ibu kota Kabul, Afghanistan pada Sabtu.
Lapor agensi berita AP yang memetik jurucakap polis, Ferdaws Faramarz, selain Yama Siawash, identiti dua lagi mangsa yang turut terbunuh dalam letupan itu belum dikenal pasti.
Katanya, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya di sini pada Sabtu.
Berdasarkan laporan awal, kejadian itu dikatakan berlaku berhampiran rumah Siawash dan kesemua mereka yang maut berada dalam kenderaan itu.
Seorang saksi, Mohammad Rafi berkata, ayah dan abang Siawash adalah individu pertama yang sampai ke lokasi sebaik letupan itu berlaku.
Siawash dikenali sebagai penyampai program politik di stesen televisyen TOLO yang terkenal di negara itu.
Keganasan di Afghanistan meningkat sejak kebelajangan ini dengan serangan kumpulan Daesh terhadap Universiti Kabul baru-baru ini mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang.
Mereka terbunuh selepas pengganas Daesh menyerbu universiti utama Afghanistan itu menggunakan pengebom nekad dan melepaskan tembakan rambang dalam serangan mengambil masa beberapa jam itu.
Serangan itu berlaku ketika berlangsung rundingan kerajaan Afghanistan dengan pihak Taliban untuk menamatkan perang di negara itu.
Agensi
Sat Nov 07 2020

Kejadian itu dikatakan berlaku berhampiran rumah Siawash dan kesemua mereka yang maut berada dalam kenderaan itu. - Foto AP

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Setakat ini polis masih belum mengenal pasti identiti dua lagi mangsa yang terbunuh dalam letupan itu.