awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Israel, Ehud Barak dakwa Netanyahu ubah Israel jadi ‘banana republic’

Agensi
Agensi
21/04/2025
23:20 MYT
Bekas PM Israel, Ehud Barak dakwa Netanyahu ubah Israel jadi ‘banana republic’
Ehud Barak beri amaran jika Benjamin Netanyahu tidak disingkirkan segera, Israel bakal berdepan ancaman kewujudan yang serius. - Gambar fail Reuters
TEL AVIV : Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak mendakwa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sedang mengubah Israel menjadi “banana republic”, susulan pendedahan afidavit oleh ketua agensi perisikan dalaman negara itu, Shin Bet.
Barak dalam satu kenyataan di platform X berkata: “Ini adalah ujian buat Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi. Jika darurat tidak diisytiharkan dengan sokongan Mahkamah Tinggi, ia boleh membawa kepada perang saudara. Ini juga ujian buat gerakan protes. Tanpa ratusan ribu turun ke jalanan, Mahkamah Tinggi mungkin akan goyah.”
Beliau turut memberi amaran jika Netanyahu tidak disingkirkan segera, Israel bakal berdepan ancaman kewujudan yang serius.
“Kita perlu singkirkan diktator ini sekarang, atau Israel berada dalam bahaya wujudnya,” tegasnya.
Kenyataan Barak yang mendakwa Netanyahu sedang menjadikan Israel sebuah 'banana republic' merupakan sindiran bahawa Israel sedang menuju ke arah pemerintahan diktator apabila undang-undang dan institusi negara tidak lagi bebas atau dihormati.
Terdahulu, satu afidavit oleh Ketua Shin Bet, Ronen Bar mendedahkan, beliau telah diarahkan oleh Netanyahu untuk mendedahkan maklumat mengenai penunjuk perasaan anti-kerajaan serta diminta untuk menyatakan taat setia kepada Perdana Menteri.
Bagaimanapun, pejabat Netanyahu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. - Al Jazeera
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#banana republic
#Ehud Barak
#Perdana Menteri Israel
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan