awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Sudan meninggal dunia akibat COVID-19

Agensi
Agensi
26/11/2020
10:22 MYT
Bekas PM Sudan meninggal dunia akibat COVID-19
Bulan lalu, keluarga bekas pemimpin berusia 84 tahun itu mengesahkan beliau positif virus tersebut dan dimasukkan ke hospital di Sudan. - Gambar: Reuters
KHARTOUM:Bekas Perdana Menteri Sudan, Sadiq al-Mahdi meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan COVID-19, pada Khamis, lapor Reuters.
Beliau yang berusia 84 tahun telah dirawat di hospital Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama tiga minggu.
Bulan lalu, keluarga bekas pemimpin parti Umma itu mengesahkan beliau positif COVID-19 dan telah dimasukkan ke hospital di Sudan, sebelum dipindahkan ke UAE.
Menurut kenyataan parti Umma, jenazah dijangka dikebumikan pagi Jumaat di Omdurman, Sudan, manakala tempoh berkabung adalah selama tiga hari.
Mahdi merupakan pemimpin terakhir yang dipilih melalui sistem demokrasi sebelum digulingkan Perdana Menteri Sudan ketujuh, Omar al-Bashir dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 1989.
Parti Umma adalah pembangkang terbesar ketika pentadbiran kerajaan Bashir, dan dianggap penting untuk keseimbangan kuasa di negara Afrika itu.
Mahdi kekal sebagai individu berpengaruh, walaupun selepas kejatuhan pentadbiran Bashir pada April 2019.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#meninggal dunia
#Sudan
#UAE
#Sadiq al-Mahdi
#Omar al-Bashir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan