awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Mauritania dipenjara 15 tahun atas kes rasuah

Bernama
Bernama
15/05/2025
06:51 MYT
Bekas Presiden Mauritania dipenjara 15 tahun atas kes rasuah
Mohamed Ould Abdel Aziz memegang jawatan Presiden Mauritania dari 2009 hingga 2019. Siasatan terhadap beliau bermula pada 2020. - Gambar fail/ AP
KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mauritania telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Presiden Mohamed Ould Abdel Aziz dalam kes rasuah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut Sahara Media, pada Disember 2023, Abdel Aziz dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pengayaan secara haram. Beliau kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Pada Rabu, satu sesi pendengaran mahkamah rayuan telah diadakan melibatkan kes Abdel Aziz dan beberapa pembantunya.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap menantu lelaki bekas presiden itu, menurut portal berita berkenaan, sambil menambah bahawa pasukan pembelaan Abdel Aziz dijangka akan membawa kes itu ke Mahkamah Agung.
Mohamed Ould Abdel Aziz memegang jawatan Presiden Mauritania dari 2009 hingga 2019. Siasatan terhadap beliau bermula pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Presiden Mauritania
#kes rasuah
#hukuman penjara
#Mohamed Ould Abdel Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami