Skip to main content

Dunia

Bekas Presiden Omer Al-Bashir didakwa melakukan rasuah

81560528046_OmerAlBashir.jpg
81560528046_OmerAlBashir.jpg
Advertisement
Pejabat pendakwa Sudan pada Khamis mendakwa bekas Presiden Omer Al-Bashir kerana melakukan rasuah, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Agensi berita SUNA mengesahkan pejabat pendakwa telah menyelesaikan siasatan terhadap dua kes membabitkan bekas presiden itu, "memiliki mata wang asing dan memperolehi kekayaan secara haram".

Bashir juga dituduh mengeluarkan arahan agar penunjuk perasaan yang menyertai bantahan pada Disember 2018 dibunuh.

-- BERNAMA




Must Watch Video

Advertisement