Skip to main content

Dunia

Bekas Presiden Syria Bashar al-Assad dihukum mati atas jenayah perang

51448944193_BasharalAssad.jpg
Keputusan terhadap Assad (foto) itu merupakan yang pertama dikeluarkan di bawah pentadbiran peralihan Syria, yang tahun ini mula membicarakan tokoh kerajaan terdahulu sama ada secara bersemuka atau tanpa kehadiran tertuduh. -Gambar fail
Advertisement

DAMSYIK: Mahkamah Syria pada Selasa menjatuhkan hukuman mati secara 'in absentia' terhadap bekas presiden negara itu, Bashar al-Assad, selepas didapati bersalah atas pertuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan sepanjang konflik yang melanda negara itu selama 14 tahun.

Adik beliau, Maher al-Assad, turut dijatuhi hukuman mati secara 'in absentia' dalam kes yang sama.

Turut dijatuhi hukuman mati ialah sepupu sebelah ibu Assad, Atef Najib, atas peranannya mengetuai tindakan keras di wilayah Daraa pada 2011 yang mencetuskan kebangkitan rakyat dan seterusnya perang saudara Syria.

Di bawah kawalan keselamatan ketat, Najib yang juga bekas Brigedier Jeneral tentera Syria ditempatkan di kandang tertuduh dengan memakai pakaian banduan ketika hakim membacakan keputusan tersebut.

Assad dan Maher melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan pejuang menguasai Damsyik dan menumbangkan kerajaan Assad pada Disember 2024.

Kedua-duanya kemudian diberikan perlindungan politik di negara itu.

Najib kemudiannya ditahan dan menjadi antara pegawai tertinggi era Assad yang dibawa ke muka pengadilan.

Keputusan terhadap Assad itu merupakan yang pertama dikeluarkan di bawah pentadbiran peralihan Syria, yang tahun ini mula membicarakan tokoh kerajaan terdahulu sama ada secara bersemuka atau tanpa kehadiran tertuduh.

 

Must Watch Video

Advertisement