LIMA individu, termasuk seorang bekas senator, ditangkap pada Selasa kerana cuba menconteng slogan 'Good Trouble' dan 'Expand Medicaid' di sebatang jalan di hadapan Alabama Capitol.
Ketika bekas senator, Hank Sanders, dan beberapa yang lain mula menulis kata-kata itu dalam cat semburan berwarna kuning, polis Montgomery telah dengan pantas memberkas mereka.
Terdahulu, satu sidang media diadakan gerakan aktivis, mendesak Gabenor Alabama Kay Ivey dan penggubal undang-undang untuk memperluaskan program bantuan kesihatan Medicaid kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Ini adalah kali kedua ahli kumpulan itu ditangkap.
Slogan 'Good Trouble' merujuk kepada frasa yang sering digunakan mendiang aktivis hak asasi manusia John Lewis, yang meninggal dunia 17 Julai lalu akibat kanser pankreas.
Pada Ahad, Lewis yang berasal dari Alabama, diberi penghargaan di Alabama Capitol.
Awal bulan ini, kumpulan itu ditangkap kerana menulis Black Lives Matter dan Expand Medicaid di tempat yang sama.
Astro Awani
Tue Jul 28 2020
Polis di Montgomery, Alabama, menangkap beberapa orang aktivis termasuk Hank Sanders kerana cuba menulis slogan 'Good Trouble' dan 'Expand Medicaid' di sebatang jalan di hadapan Alabama Capitol, 28 Julai, 2020. (Foto AP)
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Seorang maut, 16 cedera dalam insiden tembakan di kampus Alabama
Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan.
Helikopter bawa pesakit terhempas di AS, dua terbunuh
Sebuah helikopter perubatan terhempas di timur laut di Shelby County, Alabama di selatan Amerika Syarikat pada Ahad yang mengorbankan dua anak kapal.
Bapa dan anak saling berbunuhan selepas berbalah tentang anjing peliharaan
Perbalahan terjadi di antara mereka berdua sebelum si ayah menembak kaki anaknya selepas mendengar pengakuan lelaki itu.
Bekas senator AS antara yang ditangkap kerana cuba menconteng jalan
Ini adalah kali kedua ahli kumpulan itu ditangkap.
Kucing yang suka merayau lebih berisiko terdedah penyakit - Kajian
Jika membiarkan kucing berlegar di luar rumah, risiko untuk kucing itu mendapat penyakit adalah lebih tinggi.
23 maut puting beliung landa Alabama
Sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas puting beliung melanda seluruh Lee County di Alabama, Amerika Syarikat pada Ahad.
Polis salah tembak, penyerang sebenar Alabama masih bebas
Sekurang-kurangnya seorang suspek masih bebas apabila pihak polis tersilap menembak mati seorang lelaki dalam kejadian tembakan pada Black Friday.
'Rasakan ciuman maut terakhir', pesakit HIV ludah jururawat
Seorang pesakit HIV dikatakan meludah kepada jururawat bertugas di sebuah Hospital di Alabama, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pemilik dan model laman web lucah mati dibunuh suami
Kathleen atau nama berahinya Kitty Kat West juga merupakan salah seorang ahli kepada sebuah kelab yang ditubuhkan di laman Facebook, The Cougar Club.
Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger
Seorang keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan, McDonald's sengaja menyembunyikan bacon (kepingan daging khinzir) dalam semua makanan mereka.