awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas suami Karisma Kapoor meninggal dunia, serangan jantung akibat tertelan lebah?

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2025
11:15 MYT
Bekas suami Karisma Kapoor meninggal dunia, serangan jantung akibat tertelan lebah?
Mendiang Sunjay Kapur menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada usia 53 tahun - fotoReuters
BEKAS suami bintang Bollywood terkenal, Karisma Kapoor iaitu Sunjay Kapur disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu semasa perlawanan polo di England.
Memetik laporan media antarabangsa, kematian Sunjay yang merupakan tokoh perniagaan terkenal India dan Pengerusi Sona Comstar disahkan oleh pihak syarikat dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan tersebut, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada usia 53 tahun.
"Dengan rasa dukacita yang mendalam kami mengumumkan pemergian Pengerusi Sunjay J Kapur dan Pengarah Bukan Eksekutif Sona Comstar secara tiba-tiba, berikutan serangan jantung," demikian memetik kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, beberapa media antarabangsa melaporkan Sunjay mengalami serangan jantung, dipercayai berpunca selepas menelan lebah semasa perlawanan tersebut.
Upacara penghormatan terakhir dijadualkan diadakan di New Delhi setelah proses bedah siasat dan dokumentasi selesai.
Sunjar merupakan tokoh penting dalam industri automotif India dan dikenali sebagai peminat sukan polo. Dia juga merupakan rakan kepada Putera William dan sering terlibat dalam acara polo di United Kingdom (UK).
Sunjar meninggalkan isteri, Priya Sachdev, dan tiga orang anak, termasuk dua daripada hasil perkahwinan dengan Karisma.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 2003 sebelum bercerai pada 2014.
Topic Berkaitan
#Sunjay Kapur meninggal dunia
#Bekas suami Karisma Kapoor
#berita luar negara
#meninggal dunia sewaktu bermain polo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan