Skip to main content

Dunia

Belanda adakan pilihan raya umum pada 29 Oktober

61749250067_TBelection.jpg
THE HAGUE: Belanda akan mengadakan pilihan raya umum baharu pada 29 Oktober ini, umum Menteri Dalam Negeri dan Perhubungan Kerajaan Judith Uitermark pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Majlis Pilihan Raya telah mencadangkan tarikh itu kepada menteri berkenaan, yang menerima syor itu dan menyerahkannya kepada Jemaah Menteri pada hari sama.

Cadangan itu kemudiannya diluluskan, menjadikan tarikh pilihan raya itu rasmi.

Selepas kerajaan tumbang pada Selasa, ahli Parlimen mendesak agar pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Sehingga itu, kerajaan sementara tanpa penyertaan Party for Freedom (PVV) -- yang menarik diri daripada gabungan pemerintah berhubung percanggahan pendapat mengenai dasar migrasi -- akan terus menguruskan urusan harian pentadbiran.

-- BERNAMA







Must Watch Video