Skip to main content

Dunia

Belgium mohon bantuan EU susulan kebakaran hutan merebak pantas

Drone shows Belgium's biggest wildfire on record -- REUTERS
Kebakaran hutan berkenaan merupakan yang terbesar di Belgium dalam tempoh 30 tahun. - REUTERS
Advertisement

BRUSSELS: Belgium memohon bantuan dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) lain bagi menangani kebakaran hutan yang semakin merebak di timur negara itu, kira-kira 25 kilometer dari sempadan Jerman.

Kira-kira 1,600 hektar kawasan tanah telah terbakar sejak kebakaran bermula pada petang Jumaat berhampiran Bandar Baelen, lapor penyiar awam RTBF mengikut agensi berita Jerman (dpa). 

Pasukan bomba Jerman telah berada di lokasi kejadian sejak Jumaat malam, menurut pihak berkuasa tempatan.

Helikopter dan pesawat tambahan dari Republik Czech, Sweden dan Belanda telah dikerahkan, tulis Pesuruhjaya Krisis EU Hadja Lahbib menerusi hantaran di platform X pada Sabtu.

 

 

Agensi perlindungan awam Belgium telah memohon bantuan daripada tentera negara itu, yang dijangka membekalkan kenderaan pemadam kebakaran dari pangkalan udara mereka.

Kebakaran hutan berkenaan merupakan yang terbesar di Belgium dalam tempoh 30 tahun, lapor RTBF.

 

--BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement