ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Februari 2021.

1) Protes terbesar Myanmar sejak Revolusi Safron

Protes terbesar di Myanmar sejak demonstrasi ‘Revolusi Safron’ tahun 2007 memasuki hari kedua.

Mendapat inspirasi daripada gerakan pro-demokrasi di Thailand, peserta protes di serata negara itu turut menggunakan simbol hormat tiga jari sebagai isyarat tunjuk perasaan.

2) Hab kenderaan udara di UK dijangka beroperasi November depan

HAB udara pertama di United Kingdom (UK) untuk teksi udara dan dron penghantaran akan dibina di Coventry, dengan sokongan kerajaan UK.

Ini memberi petanda bahawa pembuat dasar benar-benar fokus terhadap pembinaan pengangkutan berteknologi tinggi ini.

3) 200 pekerja pelantar minyak Petronas terkandas di perairan Myanmar, hampir habis bekalan makanan

200 rakyat Malaysia yang bekerja di pelantar minyak Petronas di Laut Andaman, perairan Myanmar dipercayai terkandas sejak rampasan kuasa berlaku di negara itu pada Isnin lalu.

4) Mesir bebaskan wartawan Al Jazeera selepas empat tahun dalam tahanan

Pihak berkuasa Mesir pada Sabtu membebaskan seorang wartawan yang bekerja untuk rangkaian televisyen Al Jazeera Qatar, yang ditahan dalam tahanan sebelum perbicaraan selama lebih dari empat tahun, lapor Reuters.

5) Singapura bakal tawarkan khidmat teksi udara menjelang tahun 2026

SINGAPURA bakal menggunakan kenderaan udara berkuasa elektrik dikenali sebagai Volocopter sebagai teksi udara di negara itu menjelang tahun 2026.

Menurut Naib Presiden Eksekutif, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), Tan Kong Hwee, pihaknya sedang bekerjasama dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) untuk mewujudkan laluan bagi kenderaan terbabit.

6) Rundingan untuk keamanan selatan Thailand diadakan secara maya

Thailand komited mencari penyelesaian secara damai dan berkekalan untuk menamatkan konflik selama beberapa dekad di wilayah bergolak di selatan walaupun rundingan damai tergendala akibat pandemik COVID-19.

7) COVID-19: Dua rakyat Malaysia antara 26 kes import baharu di Singapura

Dua rakyat Malaysia adalah antara 26 kes import baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Menurut data penuh yang dikeluarkan kementerian itu di sini, lewat malam tadi, kes tersebut masing-masing membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan wanita berusia 35 tahun, adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.

8) Wartawan temui mayat mangsa lemas sejurus selepas berlintas langsung

SEJURUS selesai berlintas langsung, seorang wartawan cuaca mengangkut mayat mangsa lelaki yang lemas dari pantai Gold Coast, Australia pada Jumaat.

Pada ketika itu, Luke Bradnam sedang membuat liputan mengenai situasi berbahaya dari Narrowneck.

9) Somalia isytihar darurat akibat serangan belalang juta

SOMALIA mengumumkan pengisytiharan darurat Rabu lalu susulan ancaman belalang juta yang merosakkan banyak tanaman.

Malah, keadaan sama yang terus berlaku di Arab Saudi meningkatkan risiko lebih banyak serangan belalang juta di kawasan pedalaman.

10) Bekas juara dunia kelas heavyweight, Leon Spinks Jr meninggal dunia

Bekas juara dunia kelas heavyweight, Leon Spinks Jr meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser prostat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat perhubungan awam, mendiang meninggal dunia pada Jumaat dikelilingi isterinya, Brenda Glur Spinks, serta ahli keluarga dan rakan rapat.