ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 11 Jun 2020.

1) COVID-19: Jawa Timur kini catat jumlah kematian tertinggi di Indonesia

Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 35,000 orang dengan mencatatkan 2,000 kematian.

2) COVID-19: Thailand catat sifar kes baharu, kematian

Tiada sebarang kes jangkitan baharu dan kematian akibat COVID-19 di Thailand pada Rabu.

3) COVID-19: Singapura luluskan penggunaan Remdesivir untuk rawat pandemik

Singapura mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) apabila meluluskan penggunaan ubat antivirus Remdesivir untuk merawat pesakit positif COVID-19.

4) Indonesia: Sekatan pergerakan mungkin dikenakan semula jika banyak kes baharu COVID-19

Indonesia akan mengenakan semula langkah-langkah pencegahan yang ketat atau sekatan pergerakan jika terdapat laporan peningkatan kes baharu COVID-19, kata Presiden Joko Widodo pada Rabu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

5) Kes COVID-19 di AS melepasi 2 juta

Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi dua juta pada Rabu malam mencecah 2,000,464, memetik data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

6) COVID-19: Singapura catat 422 kes baharu, jumlah keseluruhan melepasi 39,000

Singapura melaporkan 422 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari ini dengan majoriti yang dijangkiti virus itu adalah warga asing yang menetap di asrama pekerja.

7) Adakah Amerika menyaksikan gelombang kedua COVID-19?

Hanya sebulan selepas kebanyakan sektor ekonomi dibuka semula di Amerika Syarikat, kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak di beberapa negeri.

8) Disneyland California dijangka buka semula pada Julai

Walt Disney sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan tempatan untuk membuka semula taman tema Disneyland Park dan Disney California Adventure Park pada 17 Julai.

9) IOC, Tokyo Olympic organisers agree to simplified games

Organisers of the postponed Tokyo Olympic Games 2020 said Wednesday they have agreed with the International Olympic Committee (IOC) to hold a "simplified" games next summer to ensure safety from the coronavirus and reduce the financial impact of the one-year delay.

10) Over 96 per cent of COVID-19 patients in Vietnam given all-clear

Up to 320 out of 332 COVID-19 infection cases in Vietnam, or 96.4 per cent, recovered fully as of 6 am on Thursday, Vietnam News Agency (VNA) reported, according to the National Steering Committee for COVID-19 Prevention and Control.