Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini. | Astro Awani
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 9 Ogos 2020.

1) New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19


New Zealand berjaya mencatatkan rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad.

2) Pusat rawatan COVID-19 di India terbakar lagi, 11 maut


Seramai 11 orang disahkan terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di selatan India yang digunakan sebagai fasiliti COVID-19.
3) COVID-19: Kemungkinan vaksin sangat berkesan adalah tipis - Dr Anthony Fauci


Penasihat COVID-19 di White House, Dr Anthony Fauci menyatakan kemungkinan para saintis menghasilkan vaksin yang sangat berkesan dan mampu memberikan perlindungan sehingga 98 peratus atau lebih, adalah tipis.
4) COVID-19: Tiga kes baharu di Thailand termasuk dua warga asing


Thailand merekodkan tiga kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 3,351 kes dengan 58 kematian sehingga kini.

5) COVID-19: Singapura catat 175 kes baharu; jumlah keseluruhan lepasi paras 55,000


Singapura mencatatkan 175 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tiga kes import.

6) COVID-19: Perintah berkurung kembali dilaksanakan di Havana


KERAJAAN Cuba kembali melaksanakan perintah berkurung di Havana pada Sabtu susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar itu.

7) COVID-19: 61,500 kes baharu di India dalam tempoh 24 jam


DALAM tempoh 24 jam lalu, India merekodkan 61,537 kes baharu dan 933 kematian akibat COVID-19.

8) COVID-19: Kematian lepasi 700,000, kes positif cecah 19.4 juta


ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia setakat Ahad meningkat kepada 19,481,330 berbanding 19,266,406 kes pada hari sebelumnya.

9) Peniaga di Thailand terpaksa turunkan harga bagi tarik pelancong domestik


SEKATAN masuk yang dikenakan oleh Thailand kepada pelancong asing sejak April lalu nyata memberi kesan kepada industri pelancongan negara itu.