Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 12 Ogos 2020 .

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini. | Astro Awani
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 12 Ogos 2020 .

1) COVID-19: Kes positif terkini lebih 20 juta, kematian 738,000

Jumlah kes positif jangkitan COVID-19 kini melepasi 20 juta. Menurut data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan hampir 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kumulatif terkini sebanyak 20,185,153 kes.

2) COVID-19: Jika vaksin Rusia bermasalah, ia jejas kepercayaan awam - Saintis

Pengumuman Rusia berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia mengundang keraguan dan kebimbangan. Dalam kalangan pakar di antarabangsa, mereka masih skeptikal dan mempertikaikan keputusan ujian klinikal itu memandangkan tempoh kelulusan yang singkat.

3) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini lepasi angka 130,000

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 130,000 selain 86,619 orang masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,942 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes positif virus itu kini 130,718 kes.

4) COVID-19: 42 kes baharu di Singapura, 11 kes import

Singapura mencatat 42 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 11 daripadanya adalah kes import dalam tempoh 24 jam lepas. Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini, kesemua kes import telah diserahkan notis kuarantin di rumah sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

5) Joe Biden namakan Kamala Harris sebagai calon Naib Presiden AS

Calon presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, Joe Biden menamakan Senator California, Kamala Harris sebagai regunya bagi Pilihan Raya Presiden, November depan. BBC melaporkan, Harris merupakan wanita kulit hitam pertama yang diberi laluan sebagai calon naib presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 3 November itu.

6) Buat kali pertama, penghijrahan terbesar hidupan liar Maasai Mara tanpa pelancong asing

Tahun ini, jutaan hidupan liar meneruskan aktiviti penghijrahan tahunan di kawasan warisan dunia tanpa disaksikan spesies manusia dari seluruh dunia. Biasanya, dataran luas savannah di kawasan rizab Maasai Mara, Kenya dipenuhi kumpulan pelancong dunia yang berharap dapat menyaksikan kawanan singa memburu mangsa sempena musim penghijrahan terbesar spesies kijang wildebeest.

7) Virus COVID-19 dikesan pada bungkusan makanan sejuk beku di China

Virus COVID-19 dikesan pada bungkusan makanan laut beku yang diimport di bandar pelabuhan timur China, Yantai. Pihak berkuasa mengesahkan perkara itu pada Selasa, ketika kerajaan China meningkatkan pemantauan ke atas pemprosesan makanan beku sebagai tindak balas susulan penularan wabak itu di kawasan perindustrian di ibu Beijing dan Dalian.

8) Stranded Lebanese desperate to rebuild after blast

Sitting amid the debris, Lebanese on Wednesday expressed their frustration at the state for abandoning them in their desperate efforts to rebuild after last week's catastrophic Beirut port explosion compounded a dire financial crisis.

9) Misi bantuan Lubnan: Cyprus sumbang 70 tan makanan, ubatan

Lubnan yang terkesan akibat letupan besar ammonia nitrat di Beirut pada 4 Ogos lalu terus menerima bantuan kemanusiaan daripada pelbagai pihak. Terbaharu, rakyat Cyprus menerusi gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar 70 tan bantuan awal seperti makanan, peralatan perubatan dan generator elektrik kepada negara itu.

10) India's cases top 2.3M, fatality rate drops

India’s coronavirus caseload has topped 2.3 million after adding 60,963 in the last 24 hours. India also reported 834 deaths on Wednesday for a total of 46,091. India has the third-highest caseload after the United States and Brazil, but only the fifth-highest death toll, and authorities say the fatality rate has dropped below 2% for the first time.