ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang
paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 25 Ogos 2020
1) Pesawat buatan pertama Indonesia tersangkut di pintu masuk tol
Sebuah prototaip pesawat yang dalam perjalanan ke muzium tersangkut pada pintu masuk plaza tol ketika proses pemindahan.
Pesawat buatan pertama Indonesia pada tahun 1995 itu bakal dipamerkan di Muzium Pusat Angkatan Udara Indonesia, Yogyakarta di Jawa Tengah.
2) China kecam tindakan AS ke atas Iran
China pada Selasa mengumumkan untuk menyertai pakatan antarabangsa bagi mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) berhubung perjanjian nuklear Iran.
Menteri Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran selepas negara itu mengambil keputusan untuk undur diri daripada perjanjian nuklear 2015.
3) Pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof, berjaya halang peragut
STOCKHOLM: Tindakan pantas dan berani pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof berjaya menangkap seorang pencuri selepas didapati cuba merompak seorang wanita warga emas di Stockholm.
Memetik laporan akhbar tempatan, Aftonbladet, Lindelof menahan suspek itu sehingga polis tiba ke lokasi kejadian.
4) Facebook mahu saman kerajaan Thailand, dakwa dipaksa halang akses kepada pengguna
FACEBOOK sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Thailand selepas pentadbiran negara autokratik itu menuntut pengendali laman sosial media tersebut menghalang akses kepada pengkritik kerajaan.
Menurut laporan Reuters, Facebook pada awalnya terpaksa menurut kehendak Thailand untuk menghalang pengguna dalam negara itu daripada mengakses laman ‘Royalist Marketplace’ selepas kerajaan negara itu mengugut menyaman laman sosial itu.
5) Wanita diisytihar mati 'hidup semula' ketika hampir diawet
PELIK tetapi benar tetapi inilah yang berlaku di Michigan apabila seorang wanita yang telah diisytiharkan mati dilaporkan ‘hidup semula’ ketika mayatnya ingin diawetkan.
Wanita berkenaan, Timesha Beauchamp, 20, disahkan meninggal dunia di Southfield, Michigan, pada awal pagi Ahad (waktu tempatan) akibat serangan jantung dan mayatnya dibawa ke rumah pengebumian di Detroit.
6) Usain Bolt sah positif COVID-19
KINGSTON: Jaguh pecut, Usain Bolt disahkan positif COVID-19 selepas seminggu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Majlis yang diadakan itu dikatakan dihadiri ramai tetamu dan mereka dilihat tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk tidak memakai pelitup muka.
7) Giring Nidji isytihar bertanding kerusi Presiden Indonesia 2024
JAKARTA: Giring Ganesha yang juga bekas vokalis kumpulan ternama Indonesia, Nidji mengumumkan hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden Indonesia pada 2024.
Dia yang juga Pemangku Pengerusi Parti Solidariti Indonesia (PSI) membuat pengumuman itu pada Isnin sebagai maklum balas terhadap tanda tanya banyak pihak berhubung papan iklan yang menyiarkan wajahnya, logo parti yang diwakili serta slogan “Giring Untuk Presiden 2024” di beberapa kota di Indonesia.
8) COVID-19: Victoria catat sedikit penurunan dengan 148 kes baharu
Wilayah Victoria yang merupakan kawasan panas COVID-19 di Australia masih lagi mencatatkan peningkatan kes positif walaupun pihak berkuasa kesihatan yakin trend jangkita menunjukkan penurunan.
Menurut Ketua Menterinya, Daniel Andrews, wilayah tersebut merekodkan 148 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu dengan lapan kes pulih.
9) COVID-19: 60,000 kes baharu, 2.4 juta pesakit sembuh di India
LEBIH 60,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di India dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu adalah 3.17 juta.
Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan terdapat 848 kematian direkodkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kematian di negara itu adalah 58,390.
10) 13 maut dalam runtuhan bangunan kediaman di India
RAIGAD: Sekurang-kurangnya 13 maut dalam kejadian bangunan kediaman runtuh di daerah Raigad, Maharashtra, India pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan kira-kira 60 penduduk kediaman tersebut yang terperangkap dalam runtuhan bangunan lima tingkat itu.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Aug 25 2020
Pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.