awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usain Bolt sah positif COVID-19

Agensi
Agensi
25/08/2020
03:52 MYT
Usain Bolt sah positif COVID-19
Memetik laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin. - Foto AFP PHOTO / OLIVIER MORIN
Jaguh pecut, Usain Bolt disahkan positif COVID-19 selepas seminggu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Majlis yang diadakan itu dikatakan dihadiri ramai tetamu dan mereka dilihat tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk tidak memakai pelitup muka.
Memetik laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin.
Bolt yang merupakan pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter dan 200 meter itu kini menjalani proses kuarantin di rumahnya.
Stay Safe my ppl pic.twitter.com/ebwJFF5Ka9
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) August 24, 2020
Bolt berkata, dia melakukan ujian saringan sehari selepas sambutan ulang tahunnya.
"Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter.
Dia yang juga pemenang lapan pingat emas Olimpik berkata, dia tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut, termasuk masalah pernafasan.
Untuk rekod, kes harian COVID-19 di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari sejak empat hari lalu, berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya.
Pegawai Kesihatan negara itu menyifatkan, ia berpunca daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan negara itu.
Sehingga hari ini, Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19 dengan 622 kes aktif serta 16 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#laman sosial
#Merdeka
#Olimpik
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Twitter
#ujian saringan
#Usain Bolt
#video
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan