DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 9 Oktober 2020.
Di sebalik usaha dunia memerangi pandemik COVID-19, Program Makanan Dunia (WFP) Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan atas usaha pertubuhan itu memerangi kebuluran.
Penyajak dari Amerika Syarikat, Louise Glück diumum Pemenang Hadiah Nobel bagi Kesusasteraan 2020. Anugerah diberikan kepada tokoh itu susulan sajak puitisnya yang indah dan menganjurkan hubungan manusia sejagat.
Sekurang-kurangnya 15 orang awam dikejarkan ke hospital setelah terperangkap dalam kebakaran sebuah bangunan apartmen 33 tingkat di Korea Selatan.
Protes membantah undang-undang buruh baharu di beberapa bandar utama di Indonesia bertukar ganas.
Insiden seorang remaja perempuan yang dirogol, ditikam dan dibakar seorang lelaki yang pernah mencederakan mangsa sebelum ini telah mencetuskan kemarahan di Algeria.
Seorang wanita yang sanggup membunuh teman lelakinya demi untuk berkahwin dengan bapa kandungnya dihukum penjara 40 tahun.
Vavksin gabungan untuk kedua-dua penyakit selesema dan COVID-19 yang disembur menerusi hidung akan memulakan ujian klinikal pada manusia di Hong Kong bulan depan.
The Singapore government will provide a one-off Baby Support Grant of S$3,000 for children born between Oct 1, 2020 and Sept 30, 2022.
Australia reported its second straight day without any COVID-19 deaths on Friday, the longest stretch without any fatalities from the virus in three months.
Several stress-busting therapies involving different kinds of animals have sprung up around the world in recent years. Plus, a host of research has shown the positive impact that animals can have on people suffering from depression or loneliness.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami