Skip to main content

Dunia

Tujuh cedera, empat kritikal susulan letupan kilang penapisan minyak di Bangkok

Kebakaran tercetus susulan letupan di kemudahan penapisan minyak di kawasan Phra Khanong yang dikendalikan syarikat tenaga, Bangchak Corporation, kira-kira 2.45 petang waktu tempatan.-Foto X @johnmangobkk
Kebakaran tercetus susulan letupan di kemudahan penapisan minyak di kawasan Phra Khanong yang dikendalikan syarikat tenaga, Bangchak Corporation, kira-kira 2.45 petang waktu tempatan.-Foto X @johnmangobkk
Advertisement

BANGKOK: Tujuh individu cedera termasuk empat dalam keadaan kritikal susulan letupan di sebuah kilang penapisan minyak di ibu negara Thailand pada Khamis.

Kebakaran tercetus susulan letupan di kemudahan penapisan minyak di kawasan Phra Khanong yang dikendalikan syarikat tenaga, Bangchak Corporation, kira-kira 2.45 petang waktu tempatan, lapor BBC.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Advertisement

Kepulan asap hitam tebal dapat dilihat dari beberapa kawasan di Bangkok susulan insiden berkenaan, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengarahkan penduduk dan pelajar sekolah berhampiran mengosongkan kawasan tersebut.

Mesej amaran kecemasan yang dihantar ke telefon bimbit oleh pihak berkuasa Bangkok memaklumkan kebakaran berjaya dikawal, namun orang ramai dinasihatkan menjauhi lokasi kejadian sebagai langkah keselamatan.

Advertisement

Pusat Perubatan Kecemasan Erawan berkata pihaknya sedang merawat empat mangsa kategori "merah" yang berada dalam keadaan kritikal serta tiga mangsa kategori "kuning" yang mengalami kecederaan kurang serius.

Sementara itu, Bangchak Corporation mengesahkan semua unit operasi pengeluaran di tapak penapisan berkapasiti 120,000 tong sehari digantung sementara.

Syarikat itu turut memiliki sebuah lagi kilang penapisan dengan kapasiti pemprosesan kira-kira 180,000 tong sehari.

Must Watch Video

Advertisement