DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 12 Oktober 2020.
Seramai 19 ahli Parlimen Indonesia disahkan positif COVID-19, ketika republik itu hari ini mencatatkan 3,492 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.
Singapura dan Indonesia umum akan membuka permohonan untuk Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) bagi perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara itu mulai 26 Oktober.
Presiden Donald Trump mengisytiharkan dirinya imun daripada COVID-19 dan menegaskan kini sudah sedia kembali berkempen untuk mempertahankan kedudukannya di White House.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menggalakkan kerajaan-kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara sebagai mekanisme utama mengekang penularan COVID-19.
Pihak berkuasa kesihatan Perancis pada Isnin melaporkan sekitar 43,000 jangkitan baharu COVID-19 pada hujung minggu.
6) COVID-19: Sistem sekatan tiga peringkat akan dilaksanakan di England
Sistem yang akan merujuk kepada jumlah kes tempatan yang direkodkan di setiap daerah membabitkan peringkat sederhana, tinggi dan sangat tinggi.
Itali sedang merancang melaksanakan sekatan baru di seluruh negara berikutan peningkatan kes COVID-19.
Susulan daripada syarikat penerbangan di seluruh dunia mengurangkan pekerja akibat pandemik COVID-19, Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali dalam mengambil langkah tersebut.
Korea Utara meraikan ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Pekerja di Stadium May Day Pyonyang pada Ahad malam.
Qatar Calendar House (QCH) mengatakan planet merah (Marikh) akan kelihatan lebih terang dan lebih besar berbanding hari biasa bermula petang Selasa hingga subuh Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami