DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 9 November 2020.
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah 50.26 juta.
Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat pandemik itu kini melepasi angka 1.25 juta.
Di sebalik kekalahan kepada Joe Biden, Presiden Donald Trump kekal 'tenang' meneruskan rutinnya bermain golf.
Ia merupakan hari kedua berturut-turut Trump bermain golf di Trump National Golf Club di Sterling, Virginia.
Presiden Bolivia yang baharu, Luis Arce mengangkat sumpah jawatan di Kongres pada Ahad di La Paz.
Acara angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Sepanyol VI, Presiden Argentina, Alberto Fernández, dan Presiden Colombia, Ivan Duque.
Donald Trump sehingga kini masih enggan mengaku kalah dalam saingan Pemilihan Presiden 2020.
Bagaimanapun, pilihan jelas terbentang di hadapannya memandangkan calon Demokrat Joe Biden bakal menduduki Rumah Putih untuk penggal 2020 hingga 2024.
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengesyorkan supaya rancangan Asia Barat oleh Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan selepas kekalahan Presiden Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden 3 November lepas.
Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang berlangsung pada Ahad sekali lagi membuktikan bahawa populariti BTS melangkaui penyanyi-penyanyi Barat apabila peminat setia mereka, ARMY, menjadi faktor kemenangan mereka dalam kategori ‘Biggest Fans’ atau Peminat Terbesar.
Saintis di utara Rusia menemui lokasi yang menjadi tempat perkumpulan walrus di sebuah kawasan terpencil di Laut Kara.
China menangguh dahulu ucapan tahniah kepada calon Demokrat, Joe Biden atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Gabenor Utah, Amerika Syarikat mengumumkan darurat selama dua minggu bermula 9 November hingga 23 November dan mewajibkan penduduknya memakai pelitup muka di seluruh negeri itu bagi mengekang penularan COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami