DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 15 November 2020.
Austria mengumumkan akan memperketatkan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara susulan lonjakan kes baharu COVID-19.
Ini termasuk penutupan perniagaan tidak penting dan penutupan sekolah sekali gus beralih kepada pembelajaran dalam talian.
Mexico mencatatkan satu juta kes jangkitan COVID-19 pada Ahad.
Bagi jumlah kematian, negara itu mencatatkan 76 kematian bagi setiap 100,000 individu.
Sebuah bandar di Jepun mempunyai cara tersendiri untuk 'melawan' beruang yang menjadi ancaman kepada penduduk di kawasan luar bandar.
Apa yang dilakukan adalah dengan memasang robot berbentuk serigala yang dikenali sebagai ‘Robotic Monster Wolf’.
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 53.7 juta. Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meramalkan 40,000 lagi kematian akibat COVID-19 di negara itu dalam tiga minggu akan datang.
Lewis Hamilton mencipta sejarah pada Grand Prix Turki apabila menyamai rekod tujuh kali gelaran dunia Micheal Schumacher.
Lapan kes import dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 3,874 kes.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa usaha global untuk pembangunan dan meningkatkan pengeluaran vaksin yang berkesan terhadap COVID-19.
Presiden Kenya, Uhuru Kenyattah merasmikan sebuah hospital baharu di Nairobi, yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan COVID-19, khas untuk kakitangan PBB, diplomat dan pihak yang mampu mendapatkan rawatan.
Penunjuk perasaan di Thailand mengadakan demostrasi yang digelar 'Mob Fest' anti-kerajaan di Monumen Demokrasi Bangkok pada Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami