ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 18 November 2020.
1) Ujian akhir dapati vaksin Pfizer 95 peratus berkesan, tiada isu keselamatan
Keputusan siri ujian menunjukkan vaksin berkenaan berkesan untuk mencegah jangkitan termasuk bagi warga emas, malah tiada isu keselamatan yang serius.
2) 'Jetman Dubai' maut ketika sesi latihan
Salah seorang daripada 'jetman' Dubai, Vincent Reffet, yang sering melakukan aksi lagak ngeri dengan menggunakan sut khas dan sayap gentian karbon, maut ketika sesi latihannya di gurun pada Selasa.
3) Lima calon vaksin COVID-19 China masuk ujian fasa akhir, mungkin lebih murah
Terdapat lima calon vaksin COVID-19 yang telah memasuki ujian percubaan fasa ketiga di China setakat ini dan antara yang paling disebut-sebut adalah vaksin Coronavac dihasilkan syarikat Sinovac Biotech dan Sinopharm oleh syarikat China National Biotec Group (CNBG).
4) Pentadbiran Trump 'intai' tanah Artik sebelum Biden masuk White House
Pasukan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin meminta syarikat-syarikat tenaga mengenal pasti kawasan tanah di Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik untuk dijual.
5) Sidang Kemuncak BRICS: Brazil gesa reformasi WHO, WTO
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menggesa reformasi institusi antarabangsa pada Sidang Kemuncak BRICS yang diadakan dalam talian, pada Selasa.
6) Kelewatan peralihan kuasa sukarkan tindak balas terhadap COVID-19 - Pasukan khas Biden
Pakar perubatan bimbang kelewatan Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kemenangan pilihan raya Joe Biden akan menjejaskan tindak balas Amerika Syarikat (AS) terhadap pandemik COVID-19.
7) 'Meteorit' tembusi bumbung rumah, tukang keranda jadi jutawan segera
Josua Hutagalung, 33, ketika itu berada di dalam rumahnya apabila meteorit sebesar bola sepak itu terhempas ke bumbung di bahagian beranda rumahnya.
8) Rusia hasilkan robot basmi virus COVID-19
Sebuah robot yang berperanan membasmi virus COVID-19 di bangunan mula beroperasi di sebuah muzium di Rusia, pada Selasa.
9) PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi
Beliau berpandangan bahawa beberapa institusi PBB tidak berfungsi mengikut realiti semasa.
10) COVID-19: Scotland umum sekatan peringkat tertinggi di 11 kawasan
Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon mengumumkan 11 kawasan akan dimasukkan ke dalam sekatan koronavirus peringkat tertinggi negara itu selama tiga minggu.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Nov 18 2020

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Perkara yang akan berlaku pada upacara angkat sumpah Joe Biden
Dengan pandemik COVID-19 dan rusuhan baru-baru ini di bangunan Capitol, sambutan tahun ini pastinya sangat berbeza dengan sebelumnya.

Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Biden merancang untuk menarik balik beberapa dasar yang diperkenalkan bawah pentadbiran Trump.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berita tentang pekerja pembersihan di India yang bakal menjadi orang pertama terima suntikan vaksin di India antara pilihan pembaca

Trump enggan hadiri upacara rasmi peralihan kuasa
Trump enggan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa yang akan diadakan pada Rabu depan.

Pendakwaan Trump dijangka berlangsung Rabu depan
Trump didakwa memainkan peranan mencetuskan rusuhan di Capitol hinga mengorbankan lima nyawa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pendakwaan Trump: Tiada siapa mengatasi undang-undang - Penganalisis
Menurut Felo ISIS ini, pendakwaan kali kedua terhadap Trump menunjukkan tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.

Speaker Nancy Pelosi tandatangan dokumen pendakwaan penyingkiran presiden
Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menandatangani Artikel Perlembagan menyingkirkan Presiden Donald Trump.
![[LAPOR LANGSUNG] Trump didakwa kali kedua, pertama dalam sejarah Presiden AS [LAPOR LANGSUNG] Trump didakwa kali kedua, pertama dalam sejarah Presiden AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610588536_Trump.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Trump didakwa kali kedua, pertama dalam sejarah Presiden AS
Donald Trump menjadi satu-satunya presiden dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang berdepan pendakwaan sebanyak dua kali.

Trump didakwa kali kedua, pertama dalam sejarah Presiden AS
Ia susulan cubaan menghalang pengiraan undian elektoral dan mendorong penyokongnya untuk menyerang Capitol Hill.