awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
02/12/2020
15:48 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 2 Disember 2020.
1) Malaysia-Singapura akan umum butiran lanjut projek HSR pada masa sesuai - PMO
Malaysia dan Singapura akan mengumumkan butiran lanjut mengenai Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dalam satu kenyataan bersama pada waktu sesuai.
2) COVID-19: UK negara pertama luluskan vaksin Pfizer dan BioNTech
United Kingdom (UK) menjadi negara pertama meluluskan vaksin COVID-19 daripada Pfizer dan BioNTech dan akan mula menggunakan vaksin itu seawal minggu hadapan.
3) COVID-19: Indonesia catat 5,533 kes baharu dalam tempoh 24 jam
Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Indonesia, 118 lagi kematian dilaporkan menjadikan kes kematian meningkat kepada 17,199 kes.
4) Dokumen rahsia dedah negara China gagal urus peringkat awal pandemik COVID-19 - CNN
Negara China didakwa gagal menguruskan peringkat awal pandemik COVID-19 yang bermula dari Wilayah Hubei di Wuhan secara telus dan berkesan.
5) Saintis kaji alat semburan hidung untuk cegah COVID-19
Beberapa saintis di University of Pennsylvania dan sebuah firma bio teknologi Regeneron sedang mengkaji pembangunan alat semburan hidung bagi mencegah jangkitan COVID-19.
6) Joe Biden yakin pasukannya mampu bina semula ekonomi
Ketika ini, kadar pengangguran AS berada pada 6.9 peratus setakat Oktober dan kata bakal Presiden Amerika Syarikat itu, isu utama adalah perbelanjaan pengguna yang terkesan.
7) Chang'e-5 milik China berjaya mendarat di bulan
China dilapor berjaya mendaratkan prob penyelidikan angkasa lepasnya Chang'e-5 bagi misi mengumpul dan membawa pulang sampel dari bulan untuk dianalisis.
8) Kematian Maradona: Polis serbu pejabat dan rumah pakar psikiatri
Siasatan terhadap kes kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona diteruskan pada Selasa.
9) Selepas 7 jam penerbangan, gajah paling sunyi di dunia Kaavan selamat tiba di Kemboja
Menurut organisasi yang menguruskan perpindahannya Four Paws, Kaavan turut menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat.
10) Teleskop gergasi dalam aksi filem James Bond runtuh
Malangnya, pada Selasa, teleskop radio antara terbesar dunia itu runtuh setelah mengalami kerosakan teruk sejak Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#AS
#Indonesia
#China
#Argentina
#United Kingdom
#Singapura
#Kementerian Kesihatan
#pandemik
#ujian saringan
#COVID-19
#Joe Biden
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan