ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 8 Januari 2021.

1) Vaksin COVID-19: Ratusan ribu dos diberi menjelang pertengahan Jan di UK

Perdana Menteri Britain Boris Johnson memberi jaminan akan meneruskan pengedaran ratusan ribu dos vaksin COVID-19 setiap hari menjelang pertengahan Januari.

2) COVID-19: Lubnan kuat kuasa sekatan ketiga

Lubnan memulakan perintah sekatan di seluruh negara bagi tempoh 25 hari bermula Khamis susulan peningkatan kes harian positif COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut dengan 4,774 kes.

3) COVID-19: Kes positif global hampir 88 juta, kematian 1.9 juta

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah terkini 87,941,154 kes positif global.

4) Piala FA: Villa dedah jangkitan COVID-19 menjelang aksi dengan Liverpool

Villa menutup pusat latihan mereka pada malam sebelum pertemuan dengan Liverpool dalam pusingan ketiga Piala FA gara-gara "peningkatan membimbangkan" jangkitan koronavirus.

5) Insiden Capitol: Trump buka mulut, kecam tindakan penyokong sendiri

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilihat mengalah kepada bakal presiden Joe Biden dengan mengecam penyokongnya yang bertindak ganas menyerang Capitol Hill.

6) Insiden Capitol: Setiausaha Pengangkutan AS Elaine Chao letak jawatan

Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) Elaine Chao pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai membantah insiden kekacauan dan keganasan di Capitol, lapor Agensi Berita Xinhua.

7) Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini

Guru agama Indonesia dengan fahaman ekstrem, Abu Bakar Bashir, yang pernah didapati bersalah mendalangi serangan bom di Bali pada 2002, dibebaskan hari ini.

8) Elon Musk muncul individu terkaya dunia

Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih US$188 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

9) COVID-19: Lee Hsien Loong terima suntikan vaksin pertama

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada Jumaat, menjadikan beliau anggota kabinet pertama republik itu mengambil vaksin COVID-19.

10) COVID-19: UK lulus penggunaan vaksin Moderna

United Kingdom meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Moderna dan membuat pesanan 10 juta lagi dos untuk vaksin berkenaan.