awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2021
15:47 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Februari 2021.
1) COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.
2) COVID-19: Vaksin Pfizer disimpan dalam suhu sejuk beku biasa
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan penyimpanan vaksin COVID-19 Pfizer pada suhu seperti penyejuk beku farmaseutikal biasa, untuk tempoh sehingga dua minggu.
3) COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun adalah antara dua kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
4) Vaksinasi COVID-19: Penduduk Hong Kong mula terima suntikan
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.
5) Varian baharu COVID-19 dikesan di New York
Varian yang dikenali sebagai varian B.1.526 itu membawa mutasi yang boleh mengelak tindak balas sistem imun semulajadi badan selain memberi kesan kepada rawatan antibodi monoclonal.
6) Ini antara SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah
Kerajaan sedang mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara termasuk bagi menunaikan ibadah umrah.
7) Penggali kubur temui ajal ketika menggali
Seorang penggali kubur di New York, Amerika Syarikat maut apabila tertimbus ketika sedang menggali kubur di Washington Memorial Park pada jam 8.30 pagi Khamis.
8) Salji di Alps cair lebih awal akibat perubahan iklim: Kajian
Perubahan iklim mengakibatkan salji di pergunungan Alps mencair serta mendorong perubahan musim yang mendadak, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kajian Universiti Manchester.
9) AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.
10) Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Laporan yang disediakan Agensi Risikan Pusat (CIA) itu dijangka mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed Salman.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#New York
#Arab Saudi
#Washington
#Singapura
#Amerika Syarikat
#militan
#kes positif
#vaksin
#Pfizer
#petugas kesihatan
#warga emas
#COVID-19
#Jamal Khashoggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan