ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 14 Mac 2021.
1. Sri Lanka larang pemakaian burqa, tutup lebih 1,000 sekolah Islam
Sri Lanka akan melarang pemakaian burqa dan menutup lebih daripada 1,000 sekolah aliran agama Islam.
Tindakan itu sekaligus menjejaskan golongan minoriti Muslim di negara itu.
2. Hari Nyepi: Tiada khidmat mesin wang, lapangan terbang ditutup 24 jam di Bali
Tahukah anda ketika ini di Bali, Indonesia, masyarakat di sana sedang meraikan satu perayaan di mana beberapa perkhidmatan awam dihentikan sementara? Dikenali sebagai Hari Nyepi, ia satu perayaan Hindu yang diraikan pada setiap Isakawarsa dalam kalendar Bali.
3. Liga Arab, Palestin kecam pembukaan pejabat Republik Czech di Baitulmuqaddis
Palestin dan Liga Arab mengecam pembukaan pejabat diplomatik Republik Czech di Baitulmuqaddis dan anggap ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. Prague membuka cawangan kedutaan di Baitulmuqaddis yang terletak di Tel Aviv, pada Khamis.
4. Avatar kembali ungguli kutipan tertinggi, Avengers: Endgame ditolak ke senarai kedua
Filem Avatar menewaskan Avengers: Endgame selepas meraih kutipan sekitar AS$2.8 bilion(RM11.53 bilion). Menurut laporan media antarabangsa, Avengers: Endgame ketinggalan AS$ 3 juta (RM12.35 juta) untuk membawa semula Avatar turun dari takhta.
5. Pertama kali ditemukan, fosil dinasour dalam keadaan mengeram
Sekumpulan penyelidik dari Ganzhou, China terkejut dengan penemuan fosil dinasour dalam posisi seperti mengeram telur di dalam sarangnya. Penemuan itu menarik perhatian dunia kerana dinasour jenis Oviraptorosaur yang mirip seekor burung itu ditemukan dalam keadaan yang luar biasa.
6. COVID-19: British Airways mohon penerima vaksin diberi kebenaran lakukan perjalanan tanpa sekatan
Syarikat penerbangan British Airways menggesa agar individu yang telah disuntik vaksin COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan tanpa sekatan. Begitu juga dengan individu yang tidak menerima vaksin namun mempunyai ujian saringan COVID-19 negatif.
7. Marikh di Bumi: Tasik di Turki mungkin simpan petunjuk hidupan masa lampau
Ketika NASA menjelajah permukaan Marikh, para saintis mencari tanda-tanda hidupan lampau menggunakan data yang dikumpulkan dalam kajian di sebuah tasik di barat daya Turki. NASA memaklumkan mineral dan batu ditemui di Tasik Salda adalah paling dekat dengan yang dijumpai sekitar Jezero Crater di mana kapal angkasa Perseverance mendarat.
8. Cadangan larangan pemakaian burqa di Sri Lanka dikritik
Pemimpin Kanan Majlis Muslim Sri Lanka mengkritik rancangan kerajaannya menguatkuasakan larangan pemakaian burqa di negara itu. Pada masa sama, Hilmy Ahamed turut membidas cadangan penutupan lebih 1,000 sekolah agama yang didakwa kerajaan negara tersebut sebagai melanggar dasar pendidikan kebangsaan.
9. Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty. Nahas turut mencederakan dua lagi individu.
10. Singapura harap dapat buka sempadan hujung tahun ini - Lee Hsien Loong
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berharap sempadan negara itu dapat dibuka kepada rakyat asing pada akhir tahun ini ketika negara-negara lain sedang giat meningkatkan keupayaan vaksinasi COVID-19.
Astro Awani
Sun Mar 14 2021
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 14 Mac 2021.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.