ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 6 April 2021.

1. Angka korban siklon tropika Seroja di Indonesia meningkat kepada 128 orang

Angka korban bencana banjir lumpur, tanah runtuh dan angin kencang akibat Siklon Tropika Seroja di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia terus meningkat kepada 128 orang.

2. Arab Saudi sedia terima jemaah umrah Ramadan ini

Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci selesai menyempurnakan persiapan penerimaan bakal jemaah umrah yang telah menerima suntikan vaksin pada bulan Ramadan ini.

3. Korea Utara umum tidak sertai Sukan Olimpik Tokyo

Korea Utara mengumumkan untuk tidak menyertai Sukan Olimpik Tokyo bagi melindungi atletnya daripada pandemik COVID-19.

4. Vladimir Putin luluskan tambahan penggal jawatan Presiden

Presiden Rusia, Vladimir Putin memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang bagi melanjutkan jawatannya kepada dua penggal lagi.

5. Iran beri komitmen penuh rundingan nuklear di Vienna

Iran sedia beri komitmen penuh terhadap rundingan nuklear tidak langsung yang dijadual berlangsung di Vienna pada Selasa.

6. COVID-19: Kes positif global 131 juta, korban lebih 2.86 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini mencatatkan angka 131.58 juta, berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

7. Marvel Studios, Disney lancar trailer baharu siri 'Loki

Jika sebelum ini drama bersiri terbitan Disney+ dan Marvel Studios WandaVision berjaya menarik perhatian pengikut filem dan komik Marvel, kini tiba pula giliran Loki untuk membuat kemunculan.

8. Alat navigasi tersilap, lelaki hampir nikahi wanita lain

Gara-gara tersilap menggunakan navigasi Google Maps, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir di rumah pengantin wanita lain hingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan mereka.

9. COVID-19: Britain longgar sekatan di sebalik peningkatan kes di Eropah

Britain tetap akan longgarkan sekatan ketika negara Eropah lain mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19.

10. COVID-19: Amerika Syarikat teliti kaedah perkongsian bekalan vaksin

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memperhalusi kaedah untuk berkongsi bekalan vaksin COVID-19 dengan negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang.