DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 1 Mei 2021.
Kes harian COVID-19 di India terus melonjak lebih 400,000 kes, tertinggi direkodkan sejak negara itu berdepan dengan gelombang kedua. Reuters melaporkan, angka korban pula mencatatkan 3,523 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 211,853 orang setakat Sabtu.
Hari Buruh | Pekerja serantau sambut dengan protes dan cuti
2. Hari Buruh Sedunia memperingati pengorbanan pekerja yang memperjuangkan hak dan undang-undang melindungi buruh. Ikuti rangkuman sambutan Hari Buruh seluruh Asia.
Thailand mencatat 21 kes kematian baharu akibat COVID-19, angka harian tertinggi sejak penularan pandemik itu pada Januari tahun lepas, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 224 orang ketika negara tersebut memulakan sekatan lebih ketat pada Sabtu dalam usaha memerangi gelombang ketiga jangkitan virus yang merebak lebih pantas.
Kes harian COVID-19 di India terus melonjak lebih 400,000 kes, yang tertinggi direkodkan sejak negara itu berdepan dengan gelombang kedua pandemik itu.
Sekumpulan penasihat saintis yang ditubuhkan oleh kerajaan India mendakwa telah memberi amaran sejak awal Mac berhubung kewujudan varian baharu COVID-19 di negara itu.
Gara-gara tidak diberikan telefon mudah alih untuk bermain permainan video, seorang suami tergamak memukul isterinya yang hamil dua bulan.
Golongan berpengaruh dalam industri sukan British mengumumkan mereka akan memboikot platform media sosial terbesar dunia, sebagai tanda protes terhadap peningkatan insiden buli dalam talian.
Kesan serius dalam risiko vaksin COVID-19 jauh lebih rendah daripada kesan risiko keparahan akibat dijangkiti wabak berkenaan.
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital di barat India pada tengah malam Sabtu.
10. COVID-19: Vaksinasi, langkah kesihatan senjata terbaik tangani peningkatan kes di Malaysia - WHO
Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan langkah terbaik untuk menangani perkara tersebut ialah gabungan program vaksinasi dan amalan langkah-langkah kesihatan awam yang lain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami