ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mei 2021.

1. Kes COVID-19, India catat rekod global baharu

India mencatat rekod global baharu pada Khamis selepas melaporkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 412,262 dalam tempoh sehari, lapor Agensi Anadolu.

2. Indonesia: Larangan mudik bermula hari ini

Kerajaan Indonesia memutuskan untuk melarang mudik iaitu pergerakan besar-besaran pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri bermula hari ini hingga 17 Mei.

3. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi benar hotel keluarkan permit umrah sempena Ramadan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membenarkan hotel di sekitar Masjidil Haram mengeluarkan permit umrah sempena Ramadan selain bertujuan merancakkan kembali sektor perhotelan di Mekah, demikian menurut laporan pada Selasa.

4. COVID-19: Kanada beri vaksin Pfizer kepada kanak-kanak 12-15 tahun

Kanada pada Rabu menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan penggunaan vaksin Pfizer COVID-19 terhadap kanak-kanak berusia 12 sehingga 15 tahun.

5. COVID-19: Suntikan tambahan Moderna berkesan terhadap varian Afrika Selatan

Moderna mengesahkan data percubaan awal menunjukkan bahawa dos ketiga meningkatkan imuniti terhadap varian COVID-19 yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan.

6. Pandemik masa depan: Jerman, WHO tubuh pusat pemantauan global

Kerajaan Jerman dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan pusat pemantauan global untuk mempersiapkan dan mencegah ancaman kesihatan awam masa depan seperti wabak COVID-19.

7. Indeks utama AS meningkat, data pekerjaan naik

Indeks utama di Wall Street termasuk Dow Jones meningkat ke paras rekod selepas saham berkaitan pertumbuhan meningkat susulan jualan mendadak pada Selasa.

8. Duterte arah tangkap mereka yang tidak pakai pelitup muka dengan betul

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.

9. Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun maut ditembak tentera Israel pada Rabu malam berhampiran bandar Nablus di utara Tebing Barat, menurut pegawai perubatan dan saksi kejadian.

10. COVID-19: Mesir kuat kuasa sekatan lebih ketat

Mesir akan menguatkuasakan sekatan yang lebih ketat susulan peningkatan kes COVID-19.