ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 27 Mei 2021.

1. Teknologi Navigasi | Nilai Industri BDS dijangka cecah AS$156b menjelang 2025

Menurut Laporan Sidang Tahunan Navigasi Satelit China ke-12 di Nanchang, Wilayah Jiangxi pada Rabu, purata nilai industri navigasi satelit China berkembang pada kadar lebih 20 peratus setiap tahun dan melebihi 400 bilion Yuan atau 259 bilion ringgit pada 2020.

2. Ekspo Data Raya | Keselamatan data dan pembangunan desa jadi fokus

Bertemakan “Manfaatkan Digital Pintar, Mencapai Pembangunan Baharu”, ekspo kali ini secara hibrid iaitu di dalam dan luar talian.

3. 400,000 sokong Jepun batalkan Olimpik Tokyo

Lebih 400,000 orang telah menandatangani pungutan suara untuk membatalkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo akan datang berikutan pandemik COVID-19, lapor Sputnik.

4. India catat 211,298 kes baharu COVID-19, 3,847 kematian dalam tempoh 24 jam

Pada masa yang sama, korban akibat jangkitan itu telah mencecah 315,235 orang, dengan 3,847 kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

5. Thailand lapor 47 kematian, satu lagi rekod untuk dua hari berturut-turut

hailand melaporkan 47 kematian COVID-19, jumlah kematian sehari tertinggi, menambah jumlah korban keseluruhan kepada 920 sejak pandemik itu bermula Januari tahun lalu.

6. COVID-19: Pesara rakyat Malaysia antara 26 kes baharu di Singapura

Seorang pesara Malaysia berusia 74 tahun merupakan antara 26 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu.

7. Remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak

Menurut laporan portal berita The Paper pada Rabu, lif berkenaan terhenti di tingkat satu pangsapuri berkenaan dan tiba-tiba melonjak lalu terhempas di tingkat 30, tingkat paling atas.

8. Dua ekor harimau ditembak mati selepas membunuh penjaga zoo

Seorang penjaga zoo berkenaan turut maut selepas diserang ketika cuba memberi makan kepada harimau berkenaan di Nanyang, China.

9. Penghantar surat diserang anjing sehingga tulang kaki terdedah

Penjaga seekor anjing mengaku bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Glasgow, Scotland pada Rabu atas tuduhan tidak mengawal haiwan peliharaan itu sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.

10. United Kingdom | Boris Johnson pertahan tindakan kerajaan tangani pandemik

Bagaimanapun Johnson menyangkal dakwaan bahawa beliau pada awalnya menganggap virus itu sebagai hanya cubaan untuk menakutkan orang awam.