ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 15 Julai 2021.

1. COVID-19: Kes baharu Indonesia lepasi angka 50,000, jalan utama memasuki Jakarta ditutup

Kes baharu COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat mendadak melepasi angka 50,000 kes, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini.

2. COVID-19: Varian Delta dikesan di 11 daerah Indonesia, situasi meruncing

Kebimbangan meningkat di Indonesia mengenai kemampuan mengatasi lonjakan kes koronavirus yang disumbangkan varian Delta yang kini menular dengan cepat.

3. Varian Delta cenderung jadi dominan 'dalam beberapa bulan akan datang' - WHO

Varian Delta yang setakat ini sudah dikenal pasti di 111 negara, wilayah atau kawasan, berkemungkinan akan menjadi strain dominan di seluruh dunia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kematian baharu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu, lapor Xinhua.

4. Vaksin COVID-19: Dos ketiga boleh datangkan kesan sampingan lebih buruk - CDC AS

Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji keperluan dos tambahan vaksin COVID-19 dalam kalangan penduduk yang telah menerima dua dos lengkap.

5. Campuran vaksin COVID-19: EMA enggan kemuka sebarang saranan

Agensi Kawal Selia Ubat-Ubatan Eropah (EMA) enggan mengemukakan sebarang saranan berhubung campuran suntikan vaksin COVID-19.

6. COVID-19: PM Thai arah pakar sedia lebih banyak maklumat campuran vaksin

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan pakar perubatan memberikan lebih banyak maklumat mengenai kombinasi vaksin berbeza yang sedang dipertimbangkan Kementerian Kesihatan Thailand untuk membendung pandemik COVID-19.

7. COVID-19: UK galak warganya kekal pakai pelitup muka walau tidak diwajibkan

Kerajaan United Kingdom (UK) sarankan rakyatnya kekal memakai pelitup muka ketika mengunjungi kawasan awam biarpun ia tidak diwajibkan.

8. Hutan Amazon: Pelepasan karbon melebihi kapasiti penyerapan

Penebangan hutan dan perubahan iklim pada ketika ini mengubah kemampuan hutan hujan Amazon untuk menyerap gas karbon.

9. Perjanjian nuklear: AS akan teruskan rundingan dengan Iran

Amerika Syarikat (AS) akan terus berunding dengan Iran berhubung isu nuklear.

10. Harga minyak turun selepas Arab Saudi-UAE capai kesepakatan pengeluaran

Harga minyak dunia catat penurunan pada Rabu.