DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 11 Ogos 2021.
Helikopter Mi-8 membawa tiga anak kapal dan 13 pelancong yang dalam penerbangan dari St Petersburg dan Moscow terhempas di wilayah Kamchatka timur Rusia.
COVID-19 | Guru, petugas sekolah perlu sahkan vaksinasi
2.California menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang memerlukan semua guru dan petugas sekolah untuk lengkapkan vaksinasi atau melakukan ujian saringan COVID-19 secara minggu.
Indeks Dow Jones dan S&P 500 ditutup pada paras rekod pada Rabu dengan data menunjukkan peningkatan kadar inflasi di Amerika mungkin telah sampai ke puncak.
Pentagon tidak menolak kemungkinan ibu kota Kabul bakal jatuh ke tangan Taliban tidak lama lagi. Bagaimanapun, jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, kemungkinan itu bergantung kepada kebijaksanaan dalam kepimpinan Afghanistan menangani soal berkenaan.
Taliban merampas tiga lagi ibu kota wilayah di Afghanistan dan satu ibu pejabat tentera tempatan. Ini melengkapkan kempen Taliban merampas wilayah di timur laut Afghanistan dan akan menumpukan kepada kempen baharu di kawasan lain.
Bayi tidak cukup bulan ketika dilahirkan pada 9 Jun 2020 dan beratnya hampir menyamai sebiji epal akhirnya dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Singapura baru-baru ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjalankan ujian terhadap tiga jenis ubat-ubatan yang digunakan bagi penyakit lain sebelum ini dalam usaha untuk merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19.
Nigeria kini berdepan peningkatan kes harian secara drastik susulan penularan varian Delta yang pertama kali dikesan Julai lalu. Sejak tujuh hari lepas, purata kes harian menunjukkan peningkatan dua kali ganda.
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.32 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 618 ribu kes.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 204.4 juta kes. Ini berikutan lebih 500 ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami