ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Ogos 2021.

1. Konflik Afghanistan: Taliban mahu tubuh kerajaan inklusif

Kumpulan Taliban mengumumkan pada Ahad pihaknya sedang mengadakan rundingan bertujuan membentuk kerajaan inklusif di Afghanistan.

2. Presiden Ashraf Ghani tinggalkan Afghanistan selepas Taliban masuki Kabul

Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani meninggalkan negara itu pada malam Ahad, selepas Taliban dilaporkan mula memasuki ibu kota Kabul.

3. Presiden Afghanistan tinggalkan negara untuk elak pertumpahan darah

Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengesahkan telah meninggalkan negara itu dengan alasan untuk mengelakkan pertumpahan darah ketika pemberontak Taliban memasuki ibu kota Kabul.

4. Rakyat beberapa negara mula dikeluarkan dari Afghanistan

Keadaan politik tidak stabil yang mencetuskan kebimbangan berhubung isu keselamatan menyebabkan beberapa negara memindahkan warga mereka dari Afghanistan.

5. Korban gempa di Haiti meningkat kepada 1,297

Sekurang-kurangnya 1,297 orang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Haiti pada Sabtu, menurut agensi perlindungan kebangsaan di Twitter pada Ahad.

6. Hutan di pinggir Baitulmaqdis terbakar

Penduduk di beberapa buah kampung di pinggir Baitulmaqdis yang dijajah Israel dipindahkan pada Ahad selepas berlakunya satu kebakaran besar hutan, kata polis.

7. 19 pekerja lombong di China masih terperangkap

Kerja-kerja menyelamatkan 19 pelombong arang batu yang terperangkap di provinsi Qinghai di barat laut China masih giat dijalankan.

8. Polis, penunjuk perasaan bertempur di hadapan kediaman PM Thailand

Polis Thailand bertempur dengan penunjuk perasaan yang berkumpul di sekitar kediaman Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha pada Ahad, kali kelima dalam tempoh seminggu.

9. Warga Malaysia di Hatyai ditahan kerana mengurung diri bersama anak

Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.

10. Bekas pemain Wallaby Kefu cedera ditikam

Pemenang Piala Ragbi Dunia dan jurulatih kebangsaan Tongsa, Toutai Kefu dilaporkan cedera akibat ditikam di bahagian perut dalam kejadian pecah rumah di rumahnya awal Isnin.